Sanae Takaichi menang majoriti pilihan raya Jepun

Sanae Takaichi menang majoriti pilihan raya Jepun

Sanae Takaichi menang majoriti pilihan raya Jepun
akaichi bercakap kepada media di ibu pejabat LDP di Tokyo semalam. – AFP

TOKYO – Pilihan raya mengejut Perdana Menteri Jepun, Sanae Takaichi, berjaya memberikan Parti Liberal Demokrat (LDP) pimpinannya kemenangan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat, lapor agensi berita United Press International semalam.

Selepas pilihan raya yang dibayangkan sebagai referendum ke atas Takaichi sendiri, parti LDP memenangi lebih 310 daripada 465 kerusi di Dewan Rakyat, kali pertama sejak Perang Dunia Kedua di mana sebuah parti tunggal memperoleh majoriti dua pertiga.

Takaichi yang merupakan wanita pertama menerajui Jepun, telah dipilih untuk jawatannya pada 21 Oktober lepas.

Beliau mengadakan pilihan raya dengan harapan dapat memperoleh mandat pilihan raya untuk memajukan agendanya dengan lebih mudah.

“Saya mahu pengundi memberi saya mandat kerana saya menyokong dasar fiskal yang bertanggungjawab dan proaktif, yang akan mengubah dasar ekonomi dan fiskal dengan ketara,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kerjasama Kerajaan–Swasta Tangani Kos Sara Hidup Menjelang Ramadan, Syawal


Terdahulu, beliau berkongsi bahawa mengadakan pilihan raya akan mempertaruhkan kedudukannya sebagai Perdana Menteri.

Pemimpin konservatif tegar yang mendapat sokongan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump itu telah menyaksikan kadar sokongan yang tinggi sejak beliau dipilih kurang empat bulan lalu.

Beliau telah memenangi hati orang ramai dengan etika kerjanya yang kuat dan permainan media sosial yang bijak serta berkarisma.

Takaichi pernah muncul dengan video-video tular seperti sesi bermain dram secara spontan dengan memainkan lagu-lagu hit K-pop bersama Presiden Korea Selatan Lee Jae-myung. – AGENSI

Sanae Takaichi menang majoriti pilihan raya Jepun

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Azalina, Rakan Sejawat Singapura Perkukuh Kerjasama Perundangan Dua Hala

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker