Rayuan tujuh pemain warisan Harimau Malaya ke CAS beri harapan baharu
Rayuan tujuh pemain warisan Harimau Malaya ke CAS beri harapan baharu

Kuala Lumpur: Sinar harapan mula menyinari kem Harimau Malaya apabila rayuan tujuh pemain warisan negara ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) dilihat berpotensi berakhir dengan keputusan positif.
Isyarat itu datang daripada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) menerusi kenyataan Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Windsor Paul John, apabila melihat masih ada harapan untuk melihat keputusan di CAS berpihak kepada kem negara.
Menurut Windsor, petunjuk paling jelas ialah tindakan CAS meluluskan permohonan penangguhan hukuman penggantungan 12 bulan yang dikenakan ke atas tujuh pemain terbabit.
“Mereka memohon perintah penangguhan dan CAS meluluskannya sekali gus memberi petunjuk ada harapan kepada Malaysia.
“Ini kali pertama sepanjang saya di AFC. Tak pernah ada satu kes pun sebelum ini yang mendapat penangguhan,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Program ‘Road to Ramadan’ Semai Ukhuwah, Perkukuh Persiapan Rohani
- Paya Rumput Lambang Semangat Kebersamaan Rakyat – Rais Yasin
- Saarani Santuni Komuniti Kampung Tradisional Di Lenggong
Kerjasama Kerajaan–Swasta Tangani Kos Sara Hidup Menjelang Ramadan, Syawal
Windsor menjelaskan keputusan berkenaan bukan sesuatu yang mudah untuk diperoleh memandangkan CAS menetapkan had yang amat tinggi sebelum membenarkan sebarang penangguhan.
“Ini sangat sukar kerana syarat yang ditetapkan mahkamah itu amat ketat,” katanya.
Beliau turut mendedahkan sepanjang pengalamannya bersama AFC sejak 2015, semua kes sebelum ini yang dibawa ke CAS dan disertakan permohonan penangguhan berakhir dengan kegagalan.
“Dalam sejarah AFC, semua yang minta penangguhan kalah. Tak pernah dapat,” katanya.
Situasi itu, menurut Windsor, membuka ruang kepada kemungkinan keputusan akhir yang lebih seimbang buat kedua dua pihak.
“Daripada pengalaman kami di AFC, peluangnya boleh dianggap 50 50,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pertemuan Onn Hafiz–Kepimpinan Singapura Kukuhkan Persefahaman Dua Hala
- Sentuhan Prihatin Di DUN Trong, Dekati Rakyat Dalam Sukar Dan Duka
Dr Asyraf Turun Padang Santuni Warga Gerik
Bagaimanapun, Windsor mengingatkan perjuangan tujuh pemain warisan Harimau Malaya itu masih belum berakhir sepenuhnya.
Ini kerana Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) masih belum mengemukakan hujahan mereka dan CAS setakat ini hanya mendengar pembentangan daripada pihak pemain.
Sebelum ini, Windsor turut memberi jaminan FAM tidak akan digantung oleh FIFA susulan langkah pemulihan dalaman yang sedang diusahakan ketika ini.
CAS akan melaksanakan pendengaran secara bersemuka kes membabitkan tujuh pemain warisan pada 26 Februari ini keputusan akan dikeluarkan pada tarikh lain.
Rayuan tujuh pemain warisan Harimau Malaya ke CAS beri harapan baharu
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Labuan Perlu Anjakan Ekonomi Segera, Projek Keperluan Asas Mesti Dipercepatkan – Mohd Rafi
- Pendidikan Penentu Masa Depan Negara, Utamakan Ilmu – Mohamad Zaini
- Sharif Musa Salur Bantuan Kepada Mangsa Banjir Kilat, Gesa Pihak Berwajib Bertindak
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Azalina, Rakan Sejawat Singapura Perkukuh Kerjasama Perundangan Dua Hala
You must be logged in to post a comment.