Polis Mexico guna anjing robot ketika Piala Dunia
Polis Mexico guna anjing robot ketika Piala Dunia

Monterrey, Mexico: Sekumpulan anjing robot bakal membantu polis Mexico menangani jenayah sempena Piala Dunia 2026 pada musim panas ini, menurut pihak berkuasa pada Isnin.
Robot berkaki empat itu direka untuk memasuki kawasan berbahaya dan menyalurkan video secara langsung kepada pasukan keselamatan, yang boleh memantau situasi sebelum mengambil tindakan sepanjang kejohanan bola sepak itu.
Kejohanan berprestij dunia berkenaan berlangsung dari 11 Jun hingga 19 Julai dan dianjurkan bersama oleh Mexico, Amerika Syarikat (AS) serta Kanada.
Robot berbentuk haiwan itu diperoleh oleh majlis perbandaran Guadalupe, sebahagian daripada kawasan metropolitan Monterrey, dengan kos 2.5 juta peso Mexico (RM670,000), dan kawasan itu menjadi salah satu lokasi penganjuran perlawanan Piala Dunia.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Program ‘Road to Ramadan’ Semai Ukhuwah, Perkukuh Persiapan Rohani
- Paya Rumput Lambang Semangat Kebersamaan Rakyat – Rais Yasin
- Saarani Santuni Komuniti Kampung Tradisional Di Lenggong
Kerjasama Kerajaan–Swasta Tangani Kos Sara Hidup Menjelang Ramadan, Syawal
Rakaman video yang dikeluarkan kerajaan tempatan menunjukkan salah satu robot berjalan menggunakan empat kaki di dalam bangunan terbiar dan menaiki tangga, meskipun kelihatan agak sukar.
Dalam demonstrasi berkenaan, robot menyerupai anjing itu berdepan seorang lelaki bersenjata dan mengarahkannya supaya menjatuhkan senjata menggunakan pembesar suara.
Datuk Bandar Guadalupe, Hector Garcia, berkata tujuan penggunaan anjing robot itu adalah “untuk menyokong pegawai polis dalam intervensi awal serta melindungi keselamatan fizikal anggota keselamatan.”
Beliau menambah, robot itu akan digerakkan “sekiranya berlaku sebarang kekecohan.”
BBVA Stadium, yang akan dikenali sebagai Estadio Monterrey sepanjang kejohanan, dijadual menjadi venue empat perlawanan Piala Dunia.
Polis Mexico guna anjing robot ketika Piala Dunia
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Labuan Perlu Anjakan Ekonomi Segera, Projek Keperluan Asas Mesti Dipercepatkan – Mohd Rafi
- Pendidikan Penentu Masa Depan Negara, Utamakan Ilmu – Mohamad Zaini
- Sharif Musa Salur Bantuan Kepada Mangsa Banjir Kilat, Gesa Pihak Berwajib Bertindak
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Azalina, Rakan Sejawat Singapura Perkukuh Kerjasama Perundangan Dua Hala
You must be logged in to post a comment.