Piala Thomas: BAM penentu nasib Lee Zii Jia
Piala Thomas: BAM penentu nasib Lee Zii Jia

Kuala Lumpur: Legenda badminton negara, Datuk Foo Kok Keong, menegaskan sebarang keputusan membabitkan pembabitan Lee Zii Jia dalam skuad Piala Thomas bergantung sepenuhnya kepada Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
Menurut beliau, status Zii Jia sebagai pemain profesional dan kedudukan ranking semasa tidak seharusnya dijadikan isu utama selagi BAM melihat keperluan teknikal pasukan, khususnya bagi posisi perseorangan ketiga.
“Itu keputusan BAM sama ada mahu memanggil Zii Jia atau tidak. Saya tak boleh komen lebih kerana semua bergantung kepada perancangan mereka,” katanya ketika diminta mengulas persiapan skuad negara menjelang di Piala Thomas di Horsens, Denmark dari 24 April hingga 3 Mei ini.
Kok Keong berpandangan, sekiranya Zii Jia dipanggil, kekuatan perseorangan negara akan menjadi lebih seimbang dan kompetitif, namun pemilihan pemain tetap perlu berasaskan siap sedia serta komitmen latihan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Program ‘Road to Ramadan’ Semai Ukhuwah, Perkukuh Persiapan Rohani
- Paya Rumput Lambang Semangat Kebersamaan Rakyat – Rais Yasin
- Saarani Santuni Komuniti Kampung Tradisional Di Lenggong
Kerjasama Kerajaan–Swasta Tangani Kos Sara Hidup Menjelang Ramadan, Syawal
Bagaimanapun, beliau menegaskan cabaran sebenar Malaysia terletak pada barisan perseorangan yang perlu menunjukkan peningkatan ketara dari segi intensiti latihan dan ketahanan fizikal.
“Beregu kita masih kuat. Isu utama sekarang perseorangan. Mereka perlu kerja lebih keras dan tingkatkan tahap permainan,” katanya.
Kok Keong, adalah sebahagian daripada skuad juara Piala Thomas 1992 amat berharap piala berkenaan akan kembali ke tanah air tahun ini.
“Sekarang, sudah 34 tahun kita tak dapat (bawa pulang Piala Thomas). Harap tahun ini semuanya berusaha gigih, berlatih bersungguh-sungguh, kekal disiplin dan tidak menyerah kalah,” katanya.
Pada edisi 2024 di Chengdu, China, skuad Piala Thomas negara menamatkan kempen di tempat ketiga selepas tewas 1-3 di tangan China di peringkat separuh akhir.
Piala Thomas: BAM penentu nasib Lee Zii Jia
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Labuan Perlu Anjakan Ekonomi Segera, Projek Keperluan Asas Mesti Dipercepatkan – Mohd Rafi
- Pendidikan Penentu Masa Depan Negara, Utamakan Ilmu – Mohamad Zaini
- Sharif Musa Salur Bantuan Kepada Mangsa Banjir Kilat, Gesa Pihak Berwajib Bertindak
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Azalina, Rakan Sejawat Singapura Perkukuh Kerjasama Perundangan Dua Hala
You must be logged in to post a comment.