Pendidikan Penentu Masa Depan Negara, Utamakan Ilmu – Mohamad Zaini
Pendidikan Penentu Masa Depan Negara, Utamakan Ilmu – Mohamad Zaini

BENTONG, 9 Feb – Pemangku Ketua UMNO Bahagian Bentong, Datuk Seri Mohamad Zaini Salleh menegaskan bahawa pendidikan merupakan asas terpenting dalam membentuk masa depan generasi muda serta memacu kemajuan negara.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Felda Kemansul yang berlangsung pada Ahad.
Menurutnya, ibu bapa, guru serta masyarakat perlu berganding bahu memastikan anak-anak mendapat pendidikan yang terbaik, selain membentuk sahsiah dan disiplin yang kukuh sejak usia muda.
“Pendidikan adalah pelaburan paling bernilai. Ilmu penentu masa depan seseorang anak dan juga masa depan negara. Sebab itu saya sentiasa menekankan supaya pelajar meletakkan pelajaran sebagai keutamaan, tidak kira di mana mereka berada,” katanya.
Mohamad Zaini turut mengingatkan para pelajar agar tidak mensia-siakan peluang menuntut ilmu, terutama dengan kemudahan pendidikan yang semakin baik disediakan oleh kerajaan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pertemuan Onn Hafiz–Kepimpinan Singapura Kukuhkan Persefahaman Dua Hala
- Sentuhan Prihatin Di DUN Trong, Dekati Rakyat Dalam Sukar Dan Duka
Beliau berkata kejayaan tidak datang bergolek, sebaliknya memerlukan usaha berterusan, disiplin diri serta sokongan padu daripada ibu bapa dan guru.
“Anak-anak hari ini adalah pemimpin masa hadapan. Kalau kita mahu melihat negara ini terus maju, kita mesti bermula dengan memastikan generasi muda mempunyai ilmu, akhlak dan jati diri yang kuat,” ujarnya.
Dalam pada itu, beliau turut memuji komitmen pihak sekolah serta PIBG SK Felda Kemansul yang sentiasa berusaha meningkatkan prestasi akademik dan kokurikulum pelajar walaupun berdepan pelbagai cabaran.

Katanya, peranan PIBG amat penting sebagai jambatan antara pihak sekolah dan ibu bapa bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif.
“Saya berharap PIBG terus aktif merancang program-program yang boleh membantu kecemerlangan pelajar, sama ada dalam akademik mahupun pembangunan sahsiah. Kejayaan sekolah adalah hasil kerjasama semua pihak,” katanya lagi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pembangunan Luar Bandar Terus Diberi Keutamaan – Mohd Asna
- Kerjasama Strategik Antara IPT Dan Industri Akan Diperluas Rentas Sektor
- Kolej KETENGAH Raih Akreditasi Penuh MQA, Bukti Kualiti Pendidikan Diperkasa – Rozi Mamat
Sentuhan Prihatin Di DUN Trong, Dekati Rakyat Dalam Sukar Dan Duka
Beliau juga menggesa ibu bapa supaya lebih peka terhadap perkembangan anak-anak, bukan sahaja dari segi pelajaran tetapi juga pergaulan dan penggunaan teknologi, bagi mengelakkan mereka terpengaruh dengan gejala negatif. – UMNO Online
Pendidikan Penentu Masa Depan Negara, Utamakan Ilmu – Mohamad Zaini
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Program ‘Road to Ramadan’ Semai Ukhuwah, Perkukuh Persiapan Rohani
- Paya Rumput Lambang Semangat Kebersamaan Rakyat – Rais Yasin
- Saarani Santuni Komuniti Kampung Tradisional Di Lenggong
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kerjasama Kerajaan–Swasta Tangani Kos Sara Hidup Menjelang Ramadan, Syawal
You must be logged in to post a comment.