Nidzam optimist NSFC mampu lepasi halangan suku akhir

Nidzam optimist NSFC mampu lepasi halangan suku akhir

Nidzam optimist NSFC mampu lepasi halangan suku akhir
NSFC tekad bangkit dalam pertembungan suku akhir kedua Piala Malaysia menetang Selangor FC, Sabtu ini. -FOTO Ihsan NSFC.

Seremban: Ketua jurulatih Negeri Sembilan FC (NSFC) Nidzam Jamil optimis skuad bimbingannya mampu melepasi halangan suku akhir kedua Piala Malaysia meskipun ketinggalan jaringan 0-1 kepada Selangor FC (SFC) susulan kekalahan pada suku akhir pertama, Ahad lalu.

Malah, pengendali berpengalaman itu menegaskan bahawa peluang skuad Hobin Jang Hobin untuk melayakkan diri ke peringkat separuh akhir saingan berprestij itu musim ini, belum tertutup.

“Perjuangan kita belum selesai dan kita masih ada peluang 90 minit lagi pada suku akhir kedua nanti. Kami perlu melakukan persiapan terbaik bagi menghadapi perlawanan penentuan di tempat lawan itu nanti.

“Negeri Sembilan perlu bermain lebih bagus dari apa yang telah mereka pamerkan pada aksi di laman sendiri tempohari dan pemain perlu ada keyakinan untuk menggunakan peluang berkenaan dengan sebaiknya.

“Ketinggalan satu gol belum menutup pintu buat kita mencipta kejayaan dalam Piala Malaysia musim ini,” kata Nidzam.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Dr Asyraf Turun Padang Santuni Warga Gerik


Mengulas lanjut persiapan pasukan itu khususnya berkaitan barisan pemain yang akan diturunkan pada aksi suku akhir kedua di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) Sabtu nanti, pengendali berusia 46 tahun itu berkata, beliau perlu melihat terlebih dulu tahap prestasi dan keadaan semasa setiap pemain.

Mengakui Negeri Sembilan FC tidak memiliki ramai pemain bereputasi tinggi dibandingkan dengan sesetengah pasukan lain, beliau menegaskan bahawa pasukannya perlu tampil dengan barisan yang berwibawa, strategi yang tepat dan aksi yang lebih agresif bagi mengimbangi kelebihan skuad Gergasi Merah.

Nidzam optimist NSFC mampu lepasi halangan suku akhir


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Azalina, Rakan Sejawat Singapura Perkukuh Kerjasama Perundangan Dua Hala

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker