Megat Shahriman mahu bersihkan FAM

Megat Shahriman mahu bersihkan FAM

Megat Shahriman mahu bersihkan FAM
MEGAT Shahriman janji rombak FAM secara menyeluruh. -FOTO NSTP

Kuala Lumpur: Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin, percaya jaringan hubungan luas yang dimilikinya di dalam dan luar negara mampu menjadi pemangkin kepada kebangkitan semula bola sepak tanah air.

Beliau menegaskan kesediaannya menawarkan diri untuk memegang jawatan dalam Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) didorong rasa tanggungjawab untuk memulihkan imej badan induk itu yang dilihat semakin tercalar.

“Saya mempunyai kenalan ramai di luar dan di dalam negara dan dengan menggunakan hubungan baik itu, saya percaya imej FAM boleh dipulihkan.

“Banyak perkara perlu dibuat dan diperbaiki jika diberikan tanggungjawab memegang jawatan dalam FAM kerana bola sepak negara memerlukan hala tuju yang lebih jelas dan berwibawa,” katanya, ketika dihubungi Arena Metro.

Megat Shahriman berkata, kekuatan hubungan antarabangsa amat penting bagi membuka peluang kerjasama strategik termasuk dari aspek pembangunan, pendedahan serta pemindahan ilmu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kerjasama Kerajaan–Swasta Tangani Kos Sara Hidup Menjelang Ramadan, Syawal


“Saya bertanding ini atas kapasiti tanggungjawab untuk memulihkan kembali imej bola sepak negara, bukan atas kepentingan peribadi.”

“Ini soal amanah dan masa depan sukan paling popular di negara ini. Oleh itu, saya bersedia untuk bertanding jika dicalonkan kelak,” katanya.

Selain itu, beliau menegaskan keperluan ketelusan dan akauntabiliti dalam pengurusan FAM bagi mengembalikan kepercayaan peminat serta pihak berkepentingan.

“Struktur pengurusan perlu diperbetulkan dan disusun semula supaya lebih telus, berakauntabiliti dan profesional.”

“Kepercayaan rakyat hanya boleh dikembalikan jika tadbir urus dilaksanakan dengan betul,” katanya yang juga Ahli Lembaga Pengurus International Federation of Celebral Palsy Football (IFCPF)


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Dr Asyraf Turun Padang Santuni Warga Gerik


Megat Shahriman turut menekankan rombakan menyeluruh perlu dilakukan bagi memastikan perubahan sebenar dapat direalisasikan.

“Kita kena ubah semua dan beri peluang kepada orang baharu untuk memimpin serta membawa idea segar.

“Daripada situ kita boleh melihat perubahan besar berlaku dalam bola sepak negara.Jangan ada lagi individu yang mempunyai kepentingan peribadi terus duduk di kerusi empuk FAM,” katanya.

Sebelum itu, Megat D Shahriman Zaharudin sekali lagi menyatakan minat untuk menerajui Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) susulan peletakan jawatan beramai-ramai Ahli Jawatankuasa Eksekutif (Exco) badan induk itu, baru-baru ini.

Beliau berkata, kesediaan merebut jawatan itu bukan atas kepentingan mana-mana pihak, sebaliknya bagi mewakili suara awam dan peminat bola sepak yang mahukan perubahan menyeluruh dalam pengurusan FAM.

Megat Shahriman mahu bersihkan FAM

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Azalina, Rakan Sejawat Singapura Perkukuh Kerjasama Perundangan Dua Hala



 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker