Labuan Perlu Anjakan Ekonomi Segera, Projek Keperluan Asas Mesti Dipercepatkan – Mohd Rafi
Labuan Perlu Anjakan Ekonomi Segera, Projek Keperluan Asas Mesti Dipercepatkan – Mohd Rafi

KUALA LUMPUR, 9 Feb – Labuan memerlukan anjakan ekonomi segera dengan memberi tumpuan kepada penyelesaian masalah asas rakyat termasuk bekalan air dan elektrik, selain menggerakkan semula pertumbuhan ekonomi melalui industri hiliran serta pengembalian status Pulau Bebas Cukai.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO merangkap Ketua UMNO Bahagian Labuan, Datuk Mohd Rafi Alli Hassan berkata, sudah tiba masanya semua pihak memberi fokus kepada perkara yang benar-benar menjadi keutamaan rakyat, bukan sekadar melaksanakan projek yang tidak membawa impak langsung kepada kehidupan seharian mereka.
“Keutamaan paling mendesak ketika ini ialah mempercepatkan semua projek berkaitan bekalan air dan elektrik. Tanpa asas ini, keyakinan pelabur akan terus merosot dan kesejahteraan rakyat akan terus terjejas,” katanya dalam satu kenyataan berkaitan hal terbabit.
Menurut beliau, dalam usaha memulihkan ekonomi tempatan, Labuan perlu digerakkan semula melalui kemasukan industri hiliran serta pelaburan bertaraf antarabangsa bagi mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pertemuan Onn Hafiz–Kepimpinan Singapura Kukuhkan Persefahaman Dua Hala
- Sentuhan Prihatin Di DUN Trong, Dekati Rakyat Dalam Sukar Dan Duka
“Labuan tidak boleh terus bergantung kepada projek bersifat kosmetik. Kita perlukan pelaburan sebenar yang mampu menjana ekonomi dan membuka peluang pekerjaan kepada anak tempatan,” katanya.
Beliau turut menggesa kerajaan agar mempertimbangkan pengembalian penuh status Pulau Bebas Cukai Labuan, selepas beberapa keistimewaan ditarik balik pada tahun 2021 yang menurutnya memberi kesan langsung terhadap kemerosotan ekonomi, sektor pelancongan serta perniagaan tempatan.
“Pemulihan status Pulau Bebas Cukai ini adalah langkah strategik untuk menghidupkan semula daya saing Labuan di peringkat serantau dan menarik kembali pelancong serta pelabur,” jelasnya.
Dalam masa sama, Mohd Rafi menegaskan bahawa tiada lagi ruang untuk cadangan projek pembangunan yang tidak membawa manfaat nyata kepada rakyat dan ekonomi setempat.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pembangunan Luar Bandar Terus Diberi Keutamaan – Mohd Asna
- Kerjasama Strategik Antara IPT Dan Industri Akan Diperluas Rentas Sektor
- Kolej KETENGAH Raih Akreditasi Penuh MQA, Bukti Kualiti Pendidikan Diperkasa – Rozi Mamat
Sentuhan Prihatin Di DUN Trong, Dekati Rakyat Dalam Sukar Dan Duka
“Setiap perancangan pembangunan mesti benar-benar memberi impak langsung kepada kesejahteraan rakyat. Kita sudah melihat sendiri contoh projek yang dibina dengan peruntukan besar tetapi tidak membawa makna kepada rakyat dan ekonomi Labuan,” katanya.
Sehubungan itu, beliau menekankan penyelesaian isu air dan elektrik perlu dijadikan langkah pertama bagi memulihkan keyakinan pelabur serta menjamin masa depan ekonomi pulau bebas cukai itu.
“Cukuplah projek tanpa impak kepada rakyat. Kini masanya kita fokus kepada masalah asas rakyat dan mengembalikan kegemilangan Labuan seperti dahulu,” katanya lagi. – UMNO Online
Labuan Perlu Anjakan Ekonomi Segera, Projek Keperluan Asas Mesti Dipercepatkan – Mohd Rafi
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Program ‘Road to Ramadan’ Semai Ukhuwah, Perkukuh Persiapan Rohani
- Paya Rumput Lambang Semangat Kebersamaan Rakyat – Rais Yasin
- Saarani Santuni Komuniti Kampung Tradisional Di Lenggong
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kerjasama Kerajaan–Swasta Tangani Kos Sara Hidup Menjelang Ramadan, Syawal
You must be logged in to post a comment.