Krisis pemain hantui Liverpool

Krisis pemain hantui Liverpool

Krisis pemain hantui Liverpool
SLOT terpaksa ubat perancangan Liverpool. -FOTO Reuters

London: Liverpool sekali lagi berdepan dilema pemilihan pemain menjelang aksi pertengahan minggu apabila Dominik Szoboszlai digantung perlawanan, manakala beberapa pilihan di posisi bek kanan turut tidak dapat diturunkan.

Joe Gomez terpaksa dikeluarkan ketika aksi menentang Bournemouth 16 hari lalu dan walaupun Arne Slot memaklumkan kecederaannya tidak serius, pemain berusia 28 tahun itu dijangka belum bersedia untuk diturunkan menentang Sunderland pagi Khamis ini.

Situasi itu bertambah rumit apabila Jeremie Frimpong dan Conor Bradley masih belum pulih, menjadikan Wataru Endo pilihan paling logik untuk mengisi posisi berkenaan di Stadium of Light, meskipun sekadar penyelesaian sementara.

Calvin Ramsay turut berada dalam senarai pertimbangan.

“Jeremie pasti tidak. Kami sudah menjangkakan perkara ini sejak dia mengalami kecederaan dan ia memerlukan beberapa minggu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Dr Asyraf Turun Padang Santuni Warga Gerik


“Sejujurnya, saya juga tidak menjangka Joe dapat kembali tepat pada masanya, tetapi kita tidak pernah tahu. Namun jika dia kembali selepas berehat tiga minggu, adakah wajar untuk terus menurunkannya? Anda boleh kata tidak, tetapi keputusan itu perlu saya buat.

“Kita akan lihat keputusan terbaik. Kami masih ada pemain lain yang boleh beraksi di posisi itu. Dom sekali lagi menunjukkan prestasi sangat baik di situ, namun malangnya dia tidak tersedia untuk perlawanan nanti,” kata Slot.

Di tempat lain, masih belum ada perkembangan positif berhubung pemulihan Alexander Isak yang mengalami kecederaan patah kaki, manakala Giovanni Leoni pula disahkan tidak akan beraksi lagi musim ini. Ketika ini, enam pemain Liverpool berada dalam senarai cedera atau digantung perlawanan.

Liverpool juga sekali lagi dikecewakan dengan kejatuhan pada lewat permainan hujung minggu lalu apabila jaringan Bernardo Silva dan Erling Haaland mengubah keputusan perlawanan di Anfield. Bagaimanapun, Slot berpendapat situasi itu sebenarnya boleh dielakkan.

“Setiap kali ia berlaku dengan cara berbeza. Sebelum mereka menjaringkan gol kedua untuk menjadikan kedudukan 2-1, kami berada dalam situasi yang sangat menjanjikan menerusi Curtis Curtis Jones,” katanya.

Krisis pemain hantui Liverpool

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Azalina, Rakan Sejawat Singapura Perkukuh Kerjasama Perundangan Dua Hala

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker