Jeffrey Epstein biayai peneroka Yahudi, derma kepada tentera Israel
Jeffrey Epstein biayai peneroka Yahudi, derma kepada tentera Israel

WASHINGTON – Dokumen disiarkan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat(AS) mendedahkan bahawa bilionair Jeffrey Epstein telah membuat sumbangan kepada tentera Israel dan membantu membiayai aktiviti penempatan haram Yahudi, lapor agensi berita Anadolu seperti petikan laman berita Arab News.
Semakan dokumen cukai difailkannya pada 2005 menunjukkan Epstein memberikan sokongan kewangan kepada tentera Israel dan peneroka Yahudi yang merampas tanah Palestin.
Dokumen itu menunjukkan pada 3 Mac 2005, Epstein mendermakan AS$25,000 (RM98,300) kepada badan Rakan Tentera Pertahanan Israel.
Dia juga memberikan AS$15,000 (RM58,980) kepada Dana Nasional Yahudi yang membiayai peneroka di Tebing Barat, selain AS$5,000 (RM19,660) kepada Majlis Nasional Wanita Yahudi.
E-mel yang dihantar Epstein pada 20 Mei 2012 kepada individu yang tidak dinamakan mendedahkan dia berkata: “Palestin tidak pernah wujud dalam sejarah.”
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Program ‘Road to Ramadan’ Semai Ukhuwah, Perkukuh Persiapan Rohani
- Paya Rumput Lambang Semangat Kebersamaan Rakyat – Rais Yasin
- Saarani Santuni Komuniti Kampung Tradisional Di Lenggong
Kerjasama Kerajaan–Swasta Tangani Kos Sara Hidup Menjelang Ramadan, Syawal
“Palestin tidak pernah menjadi negara Arab secara eksklusif, walaupun bahasa Arab beransur-ansur menjadi bahasa sebahagian besar penduduk setelah pencerobohan Muslim pada abad ketujuh. Tiada negara Arab atau Palestin merdeka pernah wujud di Palestin,” kata mendiang.
Pada 31 Januari lalu, Timbalan Peguam Negara AS, Todd Blanche mengumumkan pendedahan lebih tiga juta fail baharu kepada orang ramai sebagai sebahagian daripada siasatan kes Epstein.
Epstein yang merupakan seorang ahli perniagaan Amerika, dituduh mengendalikan rangkaian besar eksploitasi seksual kanak-kanak bawah umur, sebahagiannya seawal 14 tahun.
Dia ditemui mati di penjara New York pada 2019 semasa dalam tahanan. – AGENSI
Jeffrey Epstein biayai peneroka Yahudi, derma kepada tentera Israel
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Labuan Perlu Anjakan Ekonomi Segera, Projek Keperluan Asas Mesti Dipercepatkan – Mohd Rafi
- Pendidikan Penentu Masa Depan Negara, Utamakan Ilmu – Mohamad Zaini
- Sharif Musa Salur Bantuan Kepada Mangsa Banjir Kilat, Gesa Pihak Berwajib Bertindak
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Azalina, Rakan Sejawat Singapura Perkukuh Kerjasama Perundangan Dua Hala
You must be logged in to post a comment.