Geng perompak letup van keselamatan tengah lebuh raya

Geng perompak letup van keselamatan tengah lebuh raya

Geng perompak letup van keselamatan tengah lebuh raya
Sekumpulan penjenayah meletupkan bom untuk melarikan muatan tunai yang dibawa van keselamatan. – Metro UK

ROM – Sekumpulan perompak bersenjatakan raifal meletupkan sebuah van keselamatan dalam serbuan mengejut di tengah-tengah sebuah lebuh raya di Itali, lapor akhbar Metro UK.

Geng tersebut menghentikan konvoi itu dengan menggunakan lori yang terbakar untuk menghalang mereka di State Road 613 di Puglia semalam.

Kumpulan lelaki bersenjata lengkap itu menggunakan kereta Alfa Romeo biru dengan lampu berkelip untuk memperdaya pengawal supaya mempercayai bahawa mereka berada di sana untuk mengiringi van berperisai itu ke tempat selamat.

Namun kemudian, mereka meletakkan bom di belakang van putih itu dan meletupkan bahan letupan tersebut dalam usaha untuk masuk ke bahagian muatan.

Adegan tembak-menembak dengan polis berlaku sebelum kumpulan tersebut ditangkap selepas cuba melarikan diri. Namun, tiada kecederaan dilaporkan.

Kenderaan yang disasarkan itu dilaporkan milik BTV iaitu sebahagian daripada Kumpulan Battistolli yang mengendalikan perkhidmatan pengangkutan tunai berperisai di seluruh Itali. – AGENSI

Geng perompak letup van keselamatan tengah lebuh raya


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Azalina, Rakan Sejawat Singapura Perkukuh Kerjasama Perundangan Dua Hala

 

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker