Calon pilihan raya cadang cukai tinggi untuk rakyat tiada anak

Calon pilihan raya cadang cukai tinggi untuk rakyat tiada anak

Calon pilihan raya cadang cukai tinggi untuk rakyat tiada anak
Matt Goodwin – PA

LONDON – Seorang calon pilihan raya kecil di Britain mengundang kritikan orang ramai kerana mencadangkan dasar cukai tambahan kepada lelaki dan wanita yang tidak mempunyai anak, lapor akhbar Metro UK semalam.

Matt Goodwin yang merupakan calon pilihan raya kecil Gorton dan Denton yang akan datang, mencadangkan cara untuk menangani penurunan kadar kelahiran di Britain dalam catatan blognya pada tahun 2023.

Dalam catatan yang ditemui akhbar The Independent, Goodwin bercakap tentang mengenakan cukai kepada mereka yang tidak mempunyai anak.

Walaupun beliau mencadangkan cukai tersebut akan dikenakan terhadap lelaki dan wanita, levi itu berkemungkinan besar lebih memudaratkan wanita.

Golongan itu dipercayai akan tertekan untuk hamil bagi mengelakkan cukai untuk diri sendiri atau pasangan mereka.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kerjasama Kerajaan–Swasta Tangani Kos Sara Hidup Menjelang Ramadan, Syawal


Goodwin menulis bahawa kerajaan harus menghapuskan cukai pendapatan bagi wanita yang mempunyai dua atau lebih anak.

Beliau juga mencadangkan budaya pro keluarga dengan mewujudkan hari kebangsaan untuk keibubapaan, manakala Raja Britain akan menghantar mesej kepada keluarga apabila mereka mempunyai anak ketiga.

“Memperkukuhkan kepentingan keluarga dalam kurikulum, memberi insentif kepada keluarga supaya mempunyai lebih ramai anak. Memperkenalkan cukai bagi mereka yang tidak mempunyai zuriat,” kata tulisan blog tersebut.

Timbalan pemimpin Parti Buruh, Lucy Powell melabelkan idea Goodwin sebagai sangat tidak masuk akal.

“Ia akan menghukum berjuta-juta wanita dan melucutkan maruah asas mereka untuk memilih,” katanya. – AGENSI

Calon pilihan raya cadang cukai tinggi untuk rakyat tiada anak


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Azalina, Rakan Sejawat Singapura Perkukuh Kerjasama Perundangan Dua Hala

 

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker