Bangunan runtuh ragut 9 nyawa
Bangunan runtuh ragut 9 nyawa

BEIRUT – Sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh dan enam diselamatkan daripada runtuhan bangunan pangsapuri bertingkat yang runtuh di bandar Tripoli, utara Lubnan semalam, lapor laman berita Arab News.
Pasukan penyelamat terus menggali runtuhan untuk mencari lapan lagi mangsa dipercayai hilang, lapor Agensi Berita Nasional. Mayat yang dikeluarkan termasuk seorang kanak-kanak dan seorang wanita.
Berpuluh-puluh penduduk berkerumun di sekitar tapak bangunan runtuh itu, dengan ada yang melepaskan tembakan ke udara.
Bangunan itu terletak di kejiranan Bab Tabbaneh, salah satu kawasan termiskin di Tripoli yang merupakan bandar kedua terbesar di Lubnan
Penduduk sudah lama mengeluh tentang pengabaian kerajaan dan infrastruktur yang tidak berkualiti. Bangunan runtuh bukanlah perkara luar biasa di Tripoli disebabkan oleh piawaian bangunan yang lemah.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Program ‘Road to Ramadan’ Semai Ukhuwah, Perkukuh Persiapan Rohani
- Paya Rumput Lambang Semangat Kebersamaan Rakyat – Rais Yasin
- Saarani Santuni Komuniti Kampung Tradisional Di Lenggong
Kerjasama Kerajaan–Swasta Tangani Kos Sara Hidup Menjelang Ramadan, Syawal
Kementerian Kesihatan Lubnan mengumumkan bahawa mereka yang cedera dalam nahas itu akan menerima rawatan dengan perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan.
Persatuan pemilik hartanah dalam satu kenyataan menyifatkan kejadian itu sebagai ‘kecuaian terang-terangan dan kelemahan Lubnan dalam melindungi keselamatan perumahan rakyat dan ia bukan insiden terpencil.’
Ia menggesa kerajaan melancarkan kajian nasional menyeluruh terhadap bangunan yang berisiko runtuh.
Perdana Menteri Nawaf Salam berkata dalam satu kenyataan bahawa kerajaan akan berusaha untuk memperkukuh mana-mana bangunan yang dianggap berisiko runtuh.
Beliau berkata, mengenal pasti lokasi bangunan tersebut adalah tanggungjawab pihak berkuasa tempatan. – AGENSI
Bangunan runtuh ragut 9 nyawa
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Labuan Perlu Anjakan Ekonomi Segera, Projek Keperluan Asas Mesti Dipercepatkan – Mohd Rafi
- Pendidikan Penentu Masa Depan Negara, Utamakan Ilmu – Mohamad Zaini
- Sharif Musa Salur Bantuan Kepada Mangsa Banjir Kilat, Gesa Pihak Berwajib Bertindak
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Azalina, Rakan Sejawat Singapura Perkukuh Kerjasama Perundangan Dua Hala
You must be logged in to post a comment.