Azalina, Rakan Sejawat Singapura Perkukuh Kerjasama Perundangan Dua Hala

Azalina, Rakan Sejawat Singapura Perkukuh Kerjasama Perundangan Dua Hala

Azalina, Rakan Sejawat Singapura Perkukuh Kerjasama Perundangan Dua Hala

KUALA LUMPUR 9 Feb — Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said mengadakan perbincangan dua hala bersama rakan sejawatnya dari Singapura, TYT Edwin Tong, di sela-sela Mesyuarat Menteri-Menteri Undang-Undang Komanwel 2026 yang berlangsung di Fiji hari ini.

Menerusi hantaran di laman Facebooknya, Azalina memaklumkan bahawa pertemuan tersebut memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh kerjasama Malaysia–Singapura khususnya dalam bidang mediasi, timbang tara serta insolvensi rentas sempadan, sejajar dengan keperluan landskap perundangan serantau yang semakin kompleks.

Menurutnya, hubungan erat antara kedua-dua negara penting bagi memastikan sistem perundangan yang lebih progresif dan berdaya saing.

“Kami bertukar pandangan mengenai pelbagai inisiatif strategik untuk memperkukuh kerjasama dua hala, khususnya dalam mediasi, timbang tara dan insolvensi rentas sempadan. Kerjasama erat ini amat penting bagi membina kerangka perundangan yang lebih mantap, moden dan berdaya saing demi kepentingan Malaysia dan Singapura,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Dr Asyraf Turun Padang Santuni Warga Gerik


Beliau yang juga Ketua Penerangan UMNO turut menegaskan komitmen Malaysia untuk terus bekerjasama rapat dengan Singapura dalam mempertingkat amalan terbaik perundangan serta memudahkan urusan perniagaan rentas sempadan.

Turut hadir dalam pertemuan tersebut ialah Datuk Seri Umar Saifuddin Jaafar, Peguam Cara II Negara, serta delegasi rasmi dari kedua-dua negara. – UMNO Online

Azalina, Rakan Sejawat Singapura Perkukuh Kerjasama Perundangan Dua Hala

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kerjasama Kerajaan–Swasta Tangani Kos Sara Hidup Menjelang Ramadan, Syawal

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker