Atlet Israel kena rompak di Olimpik

Atlet Israel kena rompak di Olimpik

Atlet Israel kena rompak di Olimpik
Pasukan bobsled Israel bertanding pada sukan Olimpik buat kali pertama. – Facebook

MILAN – Sebuah unit apartmen yang digunakan beberapa atlet Israel pada temasya sukan Olimpik Musim Sejuk di Milan, Itali dipecah masuk oleh pencuri kelmarin, lapor akhbar Metro UK.

Antara barang yang hilang adalah pasport dan peralatan sukan lain bernilai ribuan dolar.

Pemandu skuad bobsled Israel, AJ Edelman berkata dalam beberapa catatan media sosial bahawa pasukan itu terus berlatih kelmarin walaupun selepas polis membuka kertas siasatan.

“Pencerobohan yang begitu teruk. Beg pakaian, kasut, peralatan dan pasport dicuri, namun pasukan ini terus kembali berlatih hari ini (kelmarin). Saya benar-benar percaya pasukan ini mencontohi semangat Israel,” katanya di platform X.

Israel bertanding dalam acara bobsled di Olimpik buat kali pertama, layak ke temasya itu selepas Britain memutuskan untuk tidak mengambil salah satu daripada dua tempat yang diperuntukkan.

Penyertaan mereka di temasya Olimpik berlaku ketika kehadiran Israel dalam arena sukan antarabangsa disambut dengan kritikan berhubung perang di Gaza. – AGENSI

Atlet Israel kena rompak di Olimpik

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Azalina, Rakan Sejawat Singapura Perkukuh Kerjasama Perundangan Dua Hala

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker