Tapak pembinaan tempat nahas lori simen diarah henti kerja

Tapak pembinaan tempat nahas lori simen diarah henti kerja

Tapak pembinaan tempat nahas lori simen diarah henti kerja
Datuk A Rajendran (kiri) dan pegawai MBPP melawat lokasi kejadian lori pembancuh simen jatuh dari tebing yang menyebabkan seorang maut – FOTO FB MBPP​​

GEORGETOWN: Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mengarahkan kerja pembinaan di tapak di kawasan Hospital Pulau Pinang (HPP) dihentikan sementara susulan kejadian lori pembancuh simen jatuh dari tebing menyebabkan seorang maut, di sini, kelmarin.

MBPP berkata, notis itu dikeluarkan Jabatan Kawalan Bangunan selepas lawatan Datuk Bandar MBPP, Datuk A Rajendran, semalam.

“Notis terbabit menghendaki kerja pembinaan diberhenti mengikut Seksyen 70(9) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 berkuat kuasa hari ini (semalam) sehingga laporan dan siasatan selesai.

“Lawatan ini bertujuan meninjau tahap keselamatan kawasan sekitar tapak pembinaan itu susulan insiden kemalangan membabitkan lori simen yang terjatuh akibat hilang keseimbangan semasa menjalankan kerja pembinaan pagi semalam (kelmarin),” katanya dalam kenyataan media, malam tadi.

Hadir sama ketika lawatan itu ialah Pengarah Kawalan Bangunan Rizuwan Salleh.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Dr Asyraf Turun Padang Santuni Warga Gerik


Untuk rekod, lokasi berlaku kemalangan itu adalah tapak pembinaan bagi Klinik Pakar dan Wad (HPP).

Kelmarin, media melaporkan mengenai kejadian itu yang menyebabkan pemandu lori maut di tempat kejadian, kira-kira jam 11 pagi.

Tapak pembinaan tempat nahas lori simen diarah henti kerja

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kerjasama Kerajaan–Swasta Tangani Kos Sara Hidup Menjelang Ramadan, Syawal

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker