Tak sengaja terbuang emas RM54,000
Tak sengaja terbuang emas RM54,000

DUBAI – Seorang wanita India mengalami detik cemas apabila emas miliknya yang bernilai hampir 50,000 dirham (RM54,000) dibuang tanpa sengaja ketika dia berada di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), lapor laman berita News24 semalam.
Kamini Kannan yang merupakan bekas penduduk UAE selama 23 tahun, telah berpindah ke India pada tahun 2021.
Ketika dia kembali ke Dubai untuk satu majlis perkahwinan baru-baru ini, Kamini mengambil peluang untuk menilai pelaburan jangka panjangnya dalam logam berharga itu di tengah-tengah ketidaktentuan harga emas.
Menurut Kamini, selepas menyedari bahawa beg lamanya yang digunakan untuk menyimpan emas telah rosak, dia memindahkan emas itu secara sementara ke dalam beg lain dan meninggalkannya di atas meja makan.
Beg itu mengandungi empat syiling emas seberat 8 gram setiap satu dan jongkong emas 50 gram.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pertemuan Onn Hafiz–Kepimpinan Singapura Kukuhkan Persefahaman Dua Hala
- Sentuhan Prihatin Di DUN Trong, Dekati Rakyat Dalam Sukar Dan Duka
Namun, semasa pembersihan rutin, beg itu secara tidak sengaja dibuang ke dalam tong sampah.
Keluarga Kamini tidak menyedari kejadian tersebut sehingga 1 Februari, sehari sebelum dia dijadualkan terbang pulang.
“Emas-emas itu bernilai kira-kira 50,000 dirham,” kata Kamini kepada akhbar Khaleej Times.
Pada 4 Februari, Kamini menerima panggilan telefon daripada polis yang mengatakan bahawa pengutip sampah menemukan beg tersebut.
Selepas pergi ke balai polis beserta barang bukti yang mengatakan bahawa emas-emas itu adalah miliknya, Kamini berjaya mendapatkan semula barangan berharga miliknya itu. – AGENSI
Tak sengaja terbuang emas RM54,000
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Program ‘Road to Ramadan’ Semai Ukhuwah, Perkukuh Persiapan Rohani
- Paya Rumput Lambang Semangat Kebersamaan Rakyat – Rais Yasin
- Saarani Santuni Komuniti Kampung Tradisional Di Lenggong
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kerjasama Kerajaan–Swasta Tangani Kos Sara Hidup Menjelang Ramadan, Syawal
You must be logged in to post a comment.