Saarani Santuni Komuniti Kampung Tradisional Di Lenggong
Saarani Santuni Komuniti Kampung Tradisional Di Lenggong

KUALA LUMPUR, 8 Feb – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad meluangkan masa turun padang dengan mengadakan lawatan ke Kampung Kelantan, Lenggong bagi menyantuni penduduk setempat.
Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Lenggong berkata, lawatan tersebut dilakukan dengan menaiki bot menyusuri sungai bagi menghadiri majlis bersama penduduk Kampung Kelantan, yang disifatkan sebagai antara perkampungan unik di daerah Lenggong.
“Ronda-ronda naik bot ke Kampung Kelantan petang semalam untuk menghadiri majlis bersama penduduk di sana.
“Kampung Kelantan ini merupakan antara kampung unik yang terdapat di Lenggong dengan ciri-ciri kampung tradisional, selain merupakan sebuah perkampungan nelayan yang bergantung kepada hasil sungai dan alam sebagai aktiviti ekonomi harian,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.
Menurut beliau, meskipun kehidupan masyarakat kampung berkenaan sederhana, namun kawasan tersebut kaya dengan keindahan alam semula jadi yang memukau serta memberikan ketenangan kepada penduduknya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pembangunan Luar Bandar Terus Diberi Keutamaan – Mohd Asna
- Kerjasama Strategik Antara IPT Dan Industri Akan Diperluas Rentas Sektor
- Kolej KETENGAH Raih Akreditasi Penuh MQA, Bukti Kualiti Pendidikan Diperkasa – Rozi Mamat
Sentuhan Prihatin Di DUN Trong, Dekati Rakyat Dalam Sukar Dan Duka

“Walaupun hidup masyarakat kampung di sini sederhana, namun mereka kaya dengan keindahan alam yang mendamaikan.
“Dalam suasana santai, saya turut menyantuni dan beramah mesra bersama penduduk Kampung Kelantan. Seronok dapat meluangkan masa bersama mereka,” ujarnya.
Beliau turut berharap agar komuniti masyarakat Kampung Kelantan terus hidup dalam suasana aman, harmoni dan bersatu padu, selari dengan aspirasi pembangunan negeri di bawah agenda Perak Sejahtera 2030. – UMNO Online
Saarani Santuni Komuniti Kampung Tradisional Di Lenggong
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pertemuan Onn Hafiz–Kepimpinan Singapura Kukuhkan Persefahaman Dua Hala
- Sentuhan Prihatin Di DUN Trong, Dekati Rakyat Dalam Sukar Dan Duka
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.