Program ‘Road to Ramadan’ Semai Ukhuwah, Perkukuh Persiapan Rohani
Program ‘Road to Ramadan’ Semai Ukhuwah, Perkukuh Persiapan Rohani

LENGGENG, 8 Feb – Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan, Datuk Mohd Asna Amin menzahirkan penghargaan atas penganjuran program ‘Road to Ramadhan’ yang disifatkan sebagai wadah menyemai kebersamaan, ukhuwah serta persiapan rohani menjelang kedatangan bulan Ramadan yang penuh keberkatan.
Beliau yang juga ADUN Lenggeng menyertai program berkenaan bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang bermula di Masjid Kariah Pantai sebelum meneruskan perjalanan ke Masjid Dato’ Undang Luak Jelebu.
Katanya, program yang digerakkan melalui konvoi bermotor itu bukan sekadar perjalanan fizikal, sebaliknya membawa makna simbolik yang mendalam tentang kesatuan, disiplin dan kesediaan jiwa dalam menyambut bulan suci Ramadan.
“Perjalanan ini merakamkan bukan sekadar konvoi bermotor, tetapi satu simbol kebersamaan, ukhuwah serta persediaan rohani dalam menyambut kedatangan Ramadan yang penuh keberkatan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pembangunan Luar Bandar Terus Diberi Keutamaan – Mohd Asna
- Kerjasama Strategik Antara IPT Dan Industri Akan Diperluas Rentas Sektor
- Kolej KETENGAH Raih Akreditasi Penuh MQA, Bukti Kualiti Pendidikan Diperkasa – Rozi Mamat
Sentuhan Prihatin Di DUN Trong, Dekati Rakyat Dalam Sukar Dan Duka
“Terima kasih kepada semua rakan penunggang serta masyarakat setempat atas sokongan dan sambutan mesra yang diberikan sepanjang program berlangsung.
“Semoga setiap langkah ini menjadi asbab kebaikan buat kita semua, insya-Allah,” ujarnya.
Program Road to Ramadhan dilihat sebagai inisiatif berimpak positif dalam mendekati masyarakat, memperkukuh hubungan pemimpin dan rakyat serta menghidupkan semangat kebersamaan menjelang bulan ibadah. – UMNO Online
Program ‘Road to Ramadan’ Semai Ukhuwah, Perkukuh Persiapan Rohani
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pertemuan Onn Hafiz–Kepimpinan Singapura Kukuhkan Persefahaman Dua Hala
- Sentuhan Prihatin Di DUN Trong, Dekati Rakyat Dalam Sukar Dan Duka
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Dr Asyraf Turun Padang Santuni Warga Gerik
You must be logged in to post a comment.