Paya Rumput Lambang Semangat Kebersamaan Rakyat – Rais Yasin

Paya Rumput Lambang Semangat Kebersamaan Rakyat – Rais Yasin

Paya Rumput Lambang Semangat Kebersamaan Rakyat – Rais Yasin

PAYA RUMPUT, 8 Feb – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput merangkap Penyelaras DUN Sungai Udang, Datuk Rais Yasin menzahirkan rasa terharu dan bangga dengan kehadiran pengunjung pada program kemasyarakatan yang berlangsung di kawasan tersebut.

Menurutnya, pelbagai aktiviti sukan rakyat telah dianjurkan dan mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat setempat, sekali gus menceriakan suasana serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan penduduk.

“Saya amat terharu melihat kehadiran pengunjung yang begitu ramai pada hari ini. Pelbagai sukan rakyat telah berlangsung dengan penuh keceriaan, manakala pada waktu tengah hari suasana bertambah meriah dengan persembahan tarian naga dan gendang masyarakat India yang memukau dan mencerminkan kepelbagaian budaya rakyat setempat.

“Inilah Paya Rumput kita melambangkan semangat perpaduan, kebersamaan dan keharmonian apabila kemeriahan ini dapat dirasai oleh segenap lapisan masyarakat, tanpa mengira latar belakang,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sentuhan Prihatin Di DUN Trong, Dekati Rakyat Dalam Sukar Dan Duka


Majlis Perasmian Pembukaan Karnival Paya Rumput telah disempurnakan oleh Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital Negeri Melaka, Datuk Fairul Nizam Roslan.

Turut hadir memeriahkan ADUN Pantai Kundor, Tuminah Hashim; ADUN Klebang, Datuk Lim Ban Hong Adun Klebang; Pegawai Daerah Melaka Tengah, Datuk Saiful Hizam Johan serta masyarakat Paya Rumput.

Mengulas lanjut, Rais yang juga Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Melaka, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan penganjuran karnival berkenaan.

“Tahniah juga diucapkan kepada pemenang cabutan bertuah. Terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan karnival ini,” ujarnya. – UMNO Online

Paya Rumput Lambang Semangat Kebersamaan Rakyat – Rais Yasin

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dr Asyraf Turun Padang Santuni Warga Gerik

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker