Mayat lelaki, wanita ditemui dalam rumah di Setia Alam tiada unsur jenayah.

Mayat lelaki, wanita ditemui dalam rumah di Setia Alam tiada unsur jenayah.

Mayat lelaki, wanita ditemui dalam rumah di Setia Alam tiada unsur jenayah.
Gambar hiasan

SHAH ALAM: Polis mengesahkan penemuan mayat lelaki dan seorang wanita di sebuah rumah di Seksyen U13, Setia Alam, di sini tiada unsur jenayah.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Ramsay Embol, berkata polis menerima laporan berhubung penemuan itu dari ahli keluarga kepada mangsa wanita.

Beliau berkata, lelaki berkenaan memaklumkan menjumpai mayat si mati bersama mayat lelaki di rumah sewa milik adiknya.

“Siasatan awal pihak polis bersama pasukan Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor mendapati keadaan rumah itu bertutup, tiada kenderaan dan pintu besi hadapan tidak berkunci.

“Kedua-dua si mati berada di dalam sebuah bilik di tingkat bawah dan mayat kedua duanya ‘decomposed’. Keadaan di dalam rumah sewa si mati teratur dan tiada unsur unsur kejadian jenayah berlaku .

“Tiada sebarang kecederaan pada bahagian tubuh badan kedua-dua si mati,” katanya dalam satu kenyataan, pagi semalam.

Ramsay berkata, kedua-dua mayat si mati akan dihantar ke Hospital Shah Alam untuk tujuan bedah siasat.

“Setakat ini siasatan dibuka sebagai mati mengejut (SDR) dan kertas siasatan akan diambil alih oleh Ketua Polis Balai Seksyen 6, Shah Alam.

“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Ketua Polis Balai Seksyen 6, Inspektor Izzman Mohd Idrus di talian 013-4003355,” katanya.

Sementara itu, jiran mangsa yang dikenali sebagai Iman, 31, mendakwa dia dan isteri selalu mendengar pasangan itu sering bergaduh siang dan malam.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sentuhan Prihatin Di DUN Trong, Dekati Rakyat Dalam Sukar Dan Duka


“Mereka selalu bertengkar, kadang-kadang di luar rumah dan kadang-kadang di dalam, pada waktu malam dan siang. Tetapi pertengkaran itu reda sekitar dua minggu lalu.

“Saya juga bertanya kepada isteri sama ada penghuni sudah berpindah atau terpaksa keluar kerana sebelum ini mereka sangat bising. Kami fikir mungkin ada yang mengadu dan mereka sudah berpindah,” katanya.

Bagaimanapun katanya, isterinya terhidu bau busuk beberapa hari lalu tanpa sebarang syak wasangka.

“Kira-kira tiga hari lalu, isteri saya sedang mencuci pakaian di bahagian belakang dan perasan bau busuk. Ketika itu, dia menyangka kucing itu mati. Tiada seorang pun daripada kami menjangkakan akan ada mayat di dalam rumah,” katanya.

Iman berkata, dia terkejut apabila polis kemudian tiba di lokasi dan mengesahkan penemuan mayat.

“Apabila saya pulang, polis sudah berada di sini dan sedang mencari jiran untuk bercakap. Mereka bertanya kepada saya apa yang saya tahu dan saya memberitahu mereka segala-galanya,” katanya.



Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker