Liverpool tetap meningkat walaupun tewas – Slot
Liverpool tetap meningkat walaupun tewas – Slot

Liverpool: Pengurus Liverpool, Arne Slot menegaskan pasukannya semakin menunjukkan peningkatan di sebalik kekalahan dramatik 1-2 kepada Manchester City yang sekali lagi menjejaskan peluang mereka untuk layak ke Liga Juara-Juara.
Juara bertahan Inggeris itu hanya menang sekali daripada tujuh perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada 2026, menyebabkan mereka jatuh ke tangga keenam dan ketinggalan empat mata di belakang kelompok lima teratas.
Liverpool berada di landasan tepat untuk meraih kemenangan penting di Anfield hasil sepakan percuma cantik Dominik Szoboszlai.
Namun, mereka dibolosi dua gol pada penghujung perlawanan dan kehilangan Szoboszlai yang dilayangkan kad merah dalam penamat perlawanan yang tegang
“Anda tidak boleh bandingkan perlawanan ini dengan tiga atau empat bulan lalu. Kami telah meningkat dengan ketara, tetapi kami perlu memperbaiki keputusan,” kata Slot.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pertemuan Onn Hafiz–Kepimpinan Singapura Kukuhkan Persefahaman Dua Hala
- Sentuhan Prihatin Di DUN Trong, Dekati Rakyat Dalam Sukar Dan Duka
Gol penyamaan Bernardo Silva pada minit ke-84 mencetuskan penamat perlawanan yang penuh dramatik.
Liverpool bolos jaringan kemenangan pada masa kecederaan buat kali keempat musim ini apabila Erling Haaland tenang menyempurnakan sepakan penalti.
Drama tidak terhenti di situ apabila satu lagi gol City dibatalkan.
Rayan Cherki melorongkan bola dari tengah padang ke gawang kosong ketika penjaga gol Liverpool, Alisson Becker, berada di hadapan dalam usaha mencari gol penyamaan.
Szoboszlai terlebih dahulu menarik Haaland, sebelum penyerang Norway itu membalas dengan tindakan serupa bagi menghalang pemain Hungary itu daripada mengeluarkan bola.
Akhirnya, kedua-dua pasukan kecewa dengan keputusan pengadil yang membatalkan gol tersebut serta melayangkan kad merah kepada Szoboszlai, sekali gus menyebabkan dia terlepas aksi menentang Sunderland pada Rabu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pembangunan Luar Bandar Terus Diberi Keutamaan – Mohd Asna
- Kerjasama Strategik Antara IPT Dan Industri Akan Diperluas Rentas Sektor
- Kolej KETENGAH Raih Akreditasi Penuh MQA, Bukti Kualiti Pendidikan Diperkasa – Rozi Mamat
Sentuhan Prihatin Di DUN Trong, Dekati Rakyat Dalam Sukar Dan Duka
“Ayuhlah pengadil, bagi sahaja gol dan balik rumah,” kata pengurus City, Pep Guardiola.
Namun, Slot jauh lebih berang dengan satu keputusan lebih awal ketika kedudukan masih 0-0.
Marc Guehi hanya dilayangkan kad kuning selepas menarik Mohamed Salah di luar kotak penalti, namun Slot menegaskan bek itu jelas menafikan peluang jaringan.
“Jika ada satu insiden yang patut dibincangkan, ia ketika Mo Salah berdepan satu lawan satu dengan penjaga gol,” tambah Slot.
“Sesiapa yang pernah ke stadium ini sejak tujuh atau lapan tahun lalu tahu itu pasti gol untuk Salah. Sekali lagi, keputusan pengadil tidak memihak kepada kami.”
Kemenangan pertama City di Anfield di hadapan penyokong sejak 2003 itu merapatkan jurang mereka kepada enam mata di belakang pendahulu liga, Arsenal.
Liverpool tetap meningkat walaupun tewas – Slot
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Program ‘Road to Ramadan’ Semai Ukhuwah, Perkukuh Persiapan Rohani
- Paya Rumput Lambang Semangat Kebersamaan Rakyat – Rais Yasin
- Saarani Santuni Komuniti Kampung Tradisional Di Lenggong
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kerjasama Kerajaan–Swasta Tangani Kos Sara Hidup Menjelang Ramadan, Syawal
You must be logged in to post a comment.