Kerjasama Kerajaan–Swasta Tangani Kos Sara Hidup Menjelang Ramadan, Syawal
Kerjasama Kerajaan–Swasta Tangani Kos Sara Hidup Menjelang Ramadan, Syawal

KUALA LUMPUR, 8 Feb – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan usaha bersepadu antara kerajaan dan industri sebagai langkah penting bagi memastikan keperluan asas rakyat kekal mampu milik menjelang Ramadan dan Syawal yang bakal tiba.
Beliau yang juga Presiden UMNO berkata, kerjasama strategik tersebut perlu digerakkan secara menyeluruh melibatkan sektor awam, swasta dan masyarakat bagi menangani cabaran kos sara hidup, khususnya dalam tempoh permintaan tinggi menjelang musim perayaan.
“Menjelang Ramadan yang bakal tiba, pastinya ramai dalam kalangan kita mula membuat persiapan bagi menyambut bulan penuh keberkatan ini. Daripada keperluan dapur, persiapan berbuka puasa sehinggalah kelengkapan menyambut Aidilfitri, semuanya memerlukan perancangan yang baik agar keluarga dapat menyambutnya dengan tenang dan sempurna.
“Sebagai pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (EXEC-NACCOL), saya percaya usaha menangani kos sara hidup memerlukan ekosistem yang bergerak secara bersepadu.
“Insya-Allah, sinergi antara kerajaan, sektor swasta dan masyarakat akan terus diperkasakan demi memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa menjadi keutamaan, khususnya dalam menyambut Ramadan dan Syawal yang bakal menjelang,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pembangunan Luar Bandar Terus Diberi Keutamaan – Mohd Asna
- Kerjasama Strategik Antara IPT Dan Industri Akan Diperluas Rentas Sektor
- Kolej KETENGAH Raih Akreditasi Penuh MQA, Bukti Kualiti Pendidikan Diperkasa – Rozi Mamat
Sentuhan Prihatin Di DUN Trong, Dekati Rakyat Dalam Sukar Dan Duka

Ahmad Zahid berkata demikian bagi berkongsi Majlis Pelancaran Kempen “Mega Rahmah Ramadan dan Kasih Syawal” yang disempurnakan beliau, anjuran MYDIN Mohamed Holdings Berhad di MYDIN HQ USJ Subang, di sini hari ini.
Sementara itu beliau turut berpandangan inisiatif penganjuran kempen tersebut oleh MYDIN mencerminkan komitmen berterusan industri runcit.
Menurut beliau ia bagi membantu rakyat mendapatkan barangan keperluan harian dan kelengkapan Aidilfitri pada harga berpatutan, di samping memperkasa produk tempatan untuk terus berkembang dalam pasaran arus perdana.
Dalam majlis sama, beliau turut menyempurnakan pelancaran produk minyak masak jenama Kak Long yang bakal dipasarkan di rangkaian MYDIN.
“Saya melihat kemasukan produk tempatan seperti ini sebagai satu langkah positif dalam membuka lebih banyak ruang kepada usahawan tempatan untuk berkembang dan bersaing secara sihat dalam pasaran runcit negara.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- KUSKOP Perkukuh Penyelarasan Program Keusahawanan Elak Pertindihan – Mohamad Alamin
- Syed Hussien Turun Padang Bersama Komuniti
- Kerajaan Guna Pendekatan Pelbagai Indikator Nilai Ketidaksamarataan Pendapatan – Mohd Shahar
Malaysia–China Cadang Penubuhan Malaysia-China Institute, Fokus TVET Berimpak Tinggi
“Teruslah menyokong produk tempatan kerana setiap sokongan itu membantu mengukuhkan ekonomi rakyat serta membuka peluang kepada lebih ramai usahawan untuk melangkah lebih jauh,” ujar beliau. – UMNO Online
Kerjasama Kerajaan–Swasta Tangani Kos Sara Hidup Menjelang Ramadan, Syawal
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pertemuan Onn Hafiz–Kepimpinan Singapura Kukuhkan Persefahaman Dua Hala
- Sentuhan Prihatin Di DUN Trong, Dekati Rakyat Dalam Sukar Dan Duka
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.