Kanak-kanak buka pintu kereta punca nahas 6 kenderaan di Jalan Tun Razak

Kanak-kanak buka pintu kereta punca nahas 6 kenderaan di Jalan Tun Razak

Kanak-kanak buka pintu kereta punca nahas 6 kenderaan di Jalan Tun Razak
Tangkap layar video tular yang memaparkan perspektif penunggang motosikal kedua dalam nahas di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, pada Jumaat.

KUALA LUMPUR: Tindakan seorang kanak-kanak perempuan secara tidak sengaja membuka pintu belakang sebuah kereta yang sedang bergerak dikenal pasti sebagai punca kemalangan membabitkan enam kenderaan di Jalan Tun Razak, kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa, berkata kejadian yang berlaku pada 6.15 petang itu membabitkan empat kereta dan dua motosikal dari arah Bulatan Kampung Pandan menghala ke Menara Berkembar Petronas (KLCC).

“Siasatan awal mendapati kanak-kanak berusia dua tahun itu yang berada di tempat duduk penumpang belakang dengan dipangku saudaranya, membuka pintu belakang sebelah kiri secara mengejut. Ciri kunci keselamatan kanak-kanak (child lock) juga dipercayai tidak diaktifkan menyebabkan pintu kenderaan dapat dibuka dari bahagian dalam.

“Tindakan itu mengakibatkan seorang penunggang motosikal jenis Suzuki V-Strom SX yang sedang bergerak di antara lorong tidak sempat mengelak lalu melanggar pintu kenderaan berkenaan sebelum hilang kawalan dan merempuh beberapa kenderaan lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Dr Asyraf Turun Padang Santuni Warga Gerik


Menurut Mohd Zamzuri kemalangan turut mengakibatkan seorang lagi penunggang motosikal jenis CFMOTO 675 NK yang berada di belakang gagal mengelak lalu terlibat sama dalam pelanggaran itu.

“Penunggang Suzuki V-Strom SX berusia 25 tahun mengalami patah tangan kiri dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur manakala penunggang CFMOTO berusia 30 tahun mengalami cedera ringan.

“Pemandu empat kenderaan lain iaitu Toyota Corolla Cross, Honda City, Volkswagen Polo dan Perodua Bezza dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan. Kes disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu tanpa cermat dan tidak bertimbang rasa,” katanya.

Pihak polis meminta orang ramai atau saksi kejadian yang mempunyai maklumat lanjut tampil membantu siasatan dengan menghubungi Balai Polis Trafik Tun H.S. Lee di talian 03-2071 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran. – BERNAMA

Kanak-kanak buka pintu kereta punca nahas 6 kenderaan di Jalan Tun Razak

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kerjasama Kerajaan–Swasta Tangani Kos Sara Hidup Menjelang Ramadan, Syawal

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker