Haaland buat Anfield terdiam

Haaland buat Anfield terdiam

Haaland buat Anfield terdiam
ALISSON gagal menyelamatkan sepakan penalti Haaland. FOTO AFP

Liverpool: Sepakan penalti pada masa kecederaan oleh Erling Haaland menghadiahkan Manchester City kemenangan dramatik 2-1 ke atas Liverpool di Anfield awal pagi tadi, sekali gus merapatkan jurang dengan Arsenal di puncak Liga Perdana Inggeris (EPL) kepada enam mata.

City hampir pulang dengan kekalahan apabila hanya enam minit berbaki sebelum Bernardo Silva menyamakan kedudukan disusuli penamat perlawanan yang penuh dramatik.

Haaland kemudian memastikan kemenangan City menerusi sepakan penalti, sebelum satu lagi gol pelawat dibatalkan dan Dominik Szoboszlai dilayangkan kad merah selepas semakan VAR.

Kemenangan itu yang pertama buat City di Anfield dalam perlawanan liga di hadapan penyokong sejak 2003, sekali gus memberi tekanan semula kepada Arsenal yang memburu kejuaraan liga pertama mereka dalam tempoh 22 tahun.

Kekalahan pula menjejaskan harapan Liverpool untuk layak ke Liga Juara-Juara musim depan. Juara bertahan itu kekal di tangga keenam, empat mata di belakang kelompok lima teratas.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Dr Asyraf Turun Padang Santuni Warga Gerik


Kedua-dua kelab itu memenangi lapan gelaran liga terakhir, namun kelemahan yang ditunjukkan musim ini membuka ruang kepada Arsenal untuk menamatkan kemarau panjang mereka.

Haaland yang hanya menjaringkan satu gol daripada permainan terbuka dalam 13 perlawanan terakhir, jelas kurang keyakinan. Pada minit kedua, peluang terbaiknya diselamatkan Alisson Becker.

City sekali lagi kelihatan bergelut di separuh masa kedua sebelum kebangkitan lewat menyelamatkan cabaran kejuaraan mereka.

“Kami menekan tinggi dan bermain bola sepak yang baik di separuh masa kedua,” kata pengurus Liverpool, Arne Slot. “Prestasi kami meningkat, tapi keputusan masih perlu diperbaiki.”

Marc Guehi diejek tanpa henti selepas perpindahannya ke Liverpool dari Crystal Palace gagal pada hari terakhir jendela perpindahan September lalu, sebelum City berjaya mendapatkannya bulan lepas.

Szoboszlai membuka jaringan menerusi sepakan percuma cantik yang terkena bahagian dalam tiang sebelum menerjah jaring.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sentuhan Prihatin Di DUN Trong, Dekati Rakyat Dalam Sukar Dan Duka


Namun, dia menjadi punca jaringan penyamaan City apabila membenarkan Silva berada dalam kedudukan ‘onside’ sebelum menanduk hantaran Haaland untuk gol penyamaan.

Alisson kemudian menjatuhkan Matheus Nunes dalam kotak penalti, membolehkan Haaland menyempurnakan sepakan penalti kemenangan.

City hampir menambah gol menerusi Rayan Cherki yang menolak bola ke gawang kosong dari tengah padang, namun gol itu dibatalkan selepas Haaland dan Szoboszlai bertelagah, dengan Szoboszlai dilayangkan kad merah.

Haaland buat Anfield terdiam

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kerjasama Kerajaan–Swasta Tangani Kos Sara Hidup Menjelang Ramadan, Syawal



Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker