Gergasi Merah menang tipis di Paroi

Gergasi Merah menang tipis di Paroi

Gergasi Merah menang tipis di Paroi
PEMAIN Negeri Sembilan FC, An Sangsu (kiri) dan pemain Selangor FC, Chrigor Flores Moraes (tengah) berentap untuk merebut bola pada perlawanan Piala Malaysia di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi hari ini. FOTO BERNAMA

Seremban: Selangor FC (SFC) mendapat bekalan tipis apabila menewaskan Negeri Sembilan FC (NSFC),1-0, dalam aksi suku akhir pertama Piala Malaysia, di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, sebentar tadi.

Chrigor Moraes muncul wira Selangor apabila menjaringkan gol tunggal perlawanan menerusi sepakan penalti pada minit ke-95.

Daripada peringkat awal, skuad Gergasi Merah dilihat lebih mendominasi perlawanan seawal minit permainan dan sebahagian besar tempoh separuh masa pertama dengan melakukan beberapa percubaan merbahaya di kawasan gol Negeri Sembilan.

Bagaimanapun ketangkasan penjaga Negeri Sembilan Muhammad Azri Abdul Ghani yang mengawal gawang gol dengan berjaya menafikan beberapa percubaan merbahaya oleh barisan depan Selangor.

Dua percubaan merbahaya masing-masing menerusi Alvin Fortes pada minit kelima dan Chrigor Moraes, dua kemudian diselamatkan Muhammad Azri.

Selepas itu disusuli dua percubaan berikutnya pada minit ke-33 oleh Fortes dan minit ke-43 oleh Moraes juga digagalkan oleh Muhammad Azri.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Dr Asyraf Turun Padang Santuni Warga Gerik


Bersambung dibabak kedua, skuad Hobin Jang Hobin dilihat meningkatkan intensiti persembahan mereka.

Tindakan itu dilihat berjaya memberi impak apabila anak buah Nidzam Jamil beberapa kali menguji gawang Selangor menerusi percubaan merbahaya terutama melalui Joseph Esso dan Takumi Sasaki serta pemain gantian Jovan Motika, namun penjaga gol pasukan pelawat, Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi kebal mempertahankan gawang pasukannya.

Bagaimanapun situasi itu tidak mengendurkan jentera serangan Selangor dan mereka berjaya menjaringkan gol pertama pada minit ke-76 melalui percubaan dari dalam kotak penalti oleh Moraes, namun jaringan itu tidak dikira kerana bola terkena tangan pemain terbabit yang kemudiannya disahkan oleh video bantuan pengadil (VAR)

Keadaan itu mengundang rasa tidak puas hati pengendali Selangor, Kim Pan Go apabila beliau menunjukkan protes terhadap pengadil dan akhirnya dia dilayangkan kad kuning oleh pengadil, Tuan Mohamad Yaasin Tuan Mohd Hanafiah.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sentuhan Prihatin Di DUN Trong, Dekati Rakyat Dalam Sukar Dan Duka


Kekecewaan Moraes terubat apabila menjaringkan gol pertama Selangor menerusi sepakan penalti pada minit ke-95, susulan kekasaran dalam kotak penalti.

Kedudukan yang berpihak kepada Selangor kekal sehingga ke wisel penamat dan kedua-dua akan bertemu sekali lagi pada 14 Februari ini.

Gergasi Merah menang tipis di Paroi

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kerjasama Kerajaan–Swasta Tangani Kos Sara Hidup Menjelang Ramadan, Syawal

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker