Chia-Wooi Yik fokus konsisten jelang Sukan Asia dan Kejohanan Dunia
Chia-Wooi Yik fokus konsisten jelang Sukan Asia dan Kejohanan Dunia

Kuala Lumpur: Beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik memilih pendekatan realistik dengan memberi penekanan kepada konsisten prestasi menjelang cabaran besar membabitkan Sukan Asia dan Kejohanan Dunia yang berlangsung dalam jarak masa dekat selain Seluruh England Mac ini.
Menurut Wooi Yik, meskipun sedar harapan tinggi yang diletakkan negara terhadap mereka, fokus utama gandingan berpengalaman itu adalah mengekalkan momentum permainan tanpa terlalu membebankan diri dengan tekanan sasaran.
“Sudah tentu kami ada matlamat kerana negara memerlukan kami beri sesuatu dalam kejohanan besar. Tetapi kami tidak mahu fikir terlalu banyak seperti biasa. Fokus kami adalah terus bermain baik dan kekal konsisten.
“Kami akan lihat prestasi dari bulan ini sehingga hampir Sukan Asia atau Kejohanan Dunia. Kami perlu analisis diri sendiri dengan baik untuk terus berjuang dan kekal konsisten,” katanya.
Wooi Yik turut mengakui faktor usia menjadikan konsisten satu keutamaan utama buat mereka ketika ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pertemuan Onn Hafiz–Kepimpinan Singapura Kukuhkan Persefahaman Dua Hala
- Sentuhan Prihatin Di DUN Trong, Dekati Rakyat Dalam Sukar Dan Duka
“Proses kami sekarang adalah konsisten. Kami bukan lagi muda, jadi konsisten di gelanggang sangat penting. Kami pemain berpengalaman dan perlu kekalkan tahap permainan itu setiap kali turun beraksi,” jelasnya.
Mengulas kekuatan beregu Malaysia yang terus menyerlah, Wooi Yik menyifatkan kehadiran rakan sepasukan dan pemain junior sebagai antara faktor utama membantu mereka kekal kompetitif di peringkat tertinggi.
“Dalam beregu lelaki, rakan ‘sparring’ sangat membantu. Kami ada ramai pemain junior berpotensi yang membantu mengekalkan tahap kami. Ini bukan usaha kami sahaja.
“Dalam latihan, momentum dan ritma sangat penting kerana tahap persaingan sekarang berbeza. Kami bertuah ada pasangan junior untuk berlatih bersama dan kami harap dapat kekalkan momentum ini,” katanya.
Sementara itu, menyentuh perubahan persediaan sebagai pemain berpengalaman, Wooi Yik mengakui aspek rehat dan pemakanan kini menjadi fokus utama menjelang setiap kejohanan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pembangunan Luar Bandar Terus Diberi Keutamaan – Mohd Asna
- Kerjasama Strategik Antara IPT Dan Industri Akan Diperluas Rentas Sektor
- Kolej KETENGAH Raih Akreditasi Penuh MQA, Bukti Kualiti Pendidikan Diperkasa – Rozi Mamat
Sentuhan Prihatin Di DUN Trong, Dekati Rakyat Dalam Sukar Dan Duka
“Bagi kami sekarang, perkara paling penting adalah waktu rehat dan apa yang kami makan,” katanya ringkas.
Untuk rekod gandingan negara mencatat pencapaian terbaik awal musim apabila mara ke final Terbuka Malaysia 2026 berstatus Super 1000 di Axiata Arena sebelum tewas tipis kepada pasangan Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae dalam aksi tiga set. Walaupun sekadar naib juara, persembahan mereka dipuji susulan kematangan permainan dan semangat juang tinggi.
Namun, momentum itu tidak berpanjangan apabila mereka tersingkir seawal pusingan pertama Masters Indonesia 2026 berstatus Super 500 selepas tewas kepada pasangan Denmark, Daniel Lundgaard-Mads Vestergaard dalam perlawanan tiga set.
Chia-Wooi Yik fokus konsisten jelang Sukan Asia dan Kejohanan Dunia
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Program ‘Road to Ramadan’ Semai Ukhuwah, Perkukuh Persiapan Rohani
- Paya Rumput Lambang Semangat Kebersamaan Rakyat – Rais Yasin
- Saarani Santuni Komuniti Kampung Tradisional Di Lenggong
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kerjasama Kerajaan–Swasta Tangani Kos Sara Hidup Menjelang Ramadan, Syawal
You must be logged in to post a comment.