Bukan mayat, cuma bangkai biawak

Bukan mayat, cuma bangkai biawak

Bukan mayat, cuma bangkai biawak
Rakaman CCTV menunjukkan lelaki tersebut mengusung sesuatu di dalam guni plastik. – BeritaSatu

JAKARTA – Penduduk Tambora, Jakarta Barat gempar apabila satu rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) memaparkan seorang lelaki mengusung objek dipercayai mayat di dalam karung plastik ketika melalui kawasan dipenuhi orang ramai, lapor laman berita iNews.

Dalam rakaman CCTV yang tular, individu tersebut dilihat mengangkat karung tersebut di Jalan Krendang Selatan.

Penduduk mengesyaki karung plastik yang dibawa lelaki itu mengandungi mayat.

Rasa curiga itu timbul selepas beberapa penduduk melaporkan melihat bahagian kandungan karung itu yang didakwa menyerupai organ manusia, disyaki kaki.

Seorang penduduk tempatan, Aan, melahirkan kebimbangan mengenai kejadian itu. Dia berkata, kehadiran lelaki misteri yang membawa karung plastik yang mencurigakan itu telah menimbulkan ketakutan di kawasan kejiranan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Dr Asyraf Turun Padang Santuni Warga Gerik


“Penduduk takut kerana karung itu kelihatan mencurigakan, terutamanya kerana mereka mengatakan ia kelihatan seperti kaki manusia,” kata Aan.

Susulan kejadian itu, pasukan Polis Metro Jakarta Barat dan Polis Sektor Tambora segera bertindak untuk menyiasat tempat kejadian.

Pegawai telah menyemak CCTV di kawasan kejiranan itu dan mencari identiti lelaki yang dirakam dalam video tersebut sebelum dia akhirnya berjaya dikenal pasti.

Berdasarkan hasil penjelasan langsung melalui panggilan video oleh pihak polis, lelaki itu menunjukkan bukti bahawa isi guni yang dibawanya bukanlah mayat, sebaliknya bangkai biawak. – AGENSI

Bukan mayat, cuma bangkai biawak

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kerjasama Kerajaan–Swasta Tangani Kos Sara Hidup Menjelang Ramadan, Syawal

 

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker