Aktiviti perlombongan Bitcoin haram di Bukit Beruntung terbongkar
Aktiviti perlombongan Bitcoin haram di Bukit Beruntung terbongkar

SHAH ALAM: Aktiviti perlombongan Bitcoin di kawasan perniagaan sekitar Bukit Beruntung, Hulu Selangor terbongkar menerusi operasi bersepadu penguatkuasaan, semalam.
Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) berkata, operasi dijalankan susulan aduan awam berhubung gangguan bekalan elektrik yang berlaku di kawasan terdekat dipercayai berpunca daripada penggunaan tenaga elektrik secara berlebihan dan tidak terkawal di premis-premis tertentu.
Beliau berkata, pihaknya yang diketuai Yang Dipertuanya, Julaihah Jamaludin bekerjasama dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi membanteras aktiviti menyalahi peraturan itu.
“Hasil operasi mendapati lima premis di kawasan perniagaan menjalankan aktiviti perlombongan tanpa kebenaran atau lesen yang sah.
“Kami ingin menegaskan sebarang aktiviti penggunaan elektrik dalam skala besar perlu mematuhi semua peraturan lesen, pendaftaran perniagaan serta syarat teknikal bekalan elektrik yang ditetapkan,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pertemuan Onn Hafiz–Kepimpinan Singapura Kukuhkan Persefahaman Dua Hala
- Sentuhan Prihatin Di DUN Trong, Dekati Rakyat Dalam Sukar Dan Duka
“Ia bukan sahaja menyebabkan gangguan bekalan elektrik kepada penduduk sekitar, malah turut mendatangkan risiko kerosakan infrastruktur elektrik, peningkatan bahaya litar pintas serta kebakaran.
“Ia juga menjejaskan keselamatan serta kesejahteraan komuniti setempat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
MPHS berkata, tindakan sita peralatan kemudian dibuat ke atas premis berkenaan sebagai langkah penguatkuasaan mengikut peruntukan undang-undang dan tatacara yang berkuat kuasa.
Sehubungan itu, MPHS juga menasihatkan semua pemilik premis sentiasa memastikan premis masing-masing dipantau dan tidak digunakan bagi menjalankan sebarang aktiviti tanpa kebenaran atau melanggar undang-undang.
Orang awam yang mempunyai maklumat lanjut atau ingin membuat aduan boleh berbuat demikian kepada MPHS atau pejabat TNB berdekatan.
Aktiviti perlombongan Bitcoin haram di Bukit Beruntung terbongkar
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Program ‘Road to Ramadan’ Semai Ukhuwah, Perkukuh Persiapan Rohani
- Paya Rumput Lambang Semangat Kebersamaan Rakyat – Rais Yasin
- Saarani Santuni Komuniti Kampung Tradisional Di Lenggong
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kerjasama Kerajaan–Swasta Tangani Kos Sara Hidup Menjelang Ramadan, Syawal
You must be logged in to post a comment.