3 warga Pakistan ditahan disyaki curi bateri kenderaan, peralatan bengkel
3 warga Pakistan ditahan disyaki curi bateri kenderaan, peralatan bengkel

KLUANG: Tiga lelaki warga Pakistan ditahan selepas disyaki terbabit dalam kes kecurian bateri kenderaan dan peralatan bengkel di Jalan Kampung Baru, di sini, tengah malam tadi.
Ketiga-tiga suspek ditahan jam 12.30 tengah malam hasil laporan dibuat seorang pemilik bengkel berusia 37 tahun berkenaan premisnya dipecah masuk pada jam 11.57 pagi, 5 Februari lalu.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, berkata kesemua suspek berusia 22 hingga 25 tahun ditahan di Taman Sri Jaya, di sini oleh polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang.
“Dalam serbuan itu, polis turut merampas kunci kereta dan van selain merampas dua kenderaan, Proton Saga dan van Ford Econovan 1400.
“Semakan mendapati kesemua suspek tidak memiliki rekod lampau dan ujian saringan air kencing juga bebas daripada bahan terlarang,” katanya dalam kenyataan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pertemuan Onn Hafiz–Kepimpinan Singapura Kukuhkan Persefahaman Dua Hala
- Sentuhan Prihatin Di DUN Trong, Dekati Rakyat Dalam Sukar Dan Duka
Bahrin berkata, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.
“Orang ramai mempunyai maklumat berkenaan kes ini diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau hubungi IPD Kluang di talian 07-7784222 (hotline) atau 07-7784256 dan 014-365682,” katanya.
Dalam kes berasingan, Bahrin berkata, pihaknya mengesahkan menerima laporan daripada pelajar kolej berusia 17 tahun berhubung pergaduhan Jalan Dato Kapten Ahmad, hingga tular di media sosial semalam.
Katanya, siasatan polis mendapati kejadian berpunca kenderaan dipandu remaja terbabit melanggar belakang semua kenderaan utiliti sukan (SUV).
“Ia berlaku selepas dua kenderaan itu kemalangan pada jam 9.38 malam sebelum tercetusnya perselisihan selepas remaja terbabit enggan keluar dari keretanya untuk berbincang.
“Hasil siasatan juga mendapati, Perodua Aruz yang dilanggar kereta dipandu remaja terbabit menyebabkan kerosakan di bahagian belakang di simpang lampu isyarat,” katanya.
3 warga Pakistan ditahan disyaki curi bateri kenderaan, peralatan bengkel
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Program ‘Road to Ramadan’ Semai Ukhuwah, Perkukuh Persiapan Rohani
- Paya Rumput Lambang Semangat Kebersamaan Rakyat – Rais Yasin
- Saarani Santuni Komuniti Kampung Tradisional Di Lenggong
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kerjasama Kerajaan–Swasta Tangani Kos Sara Hidup Menjelang Ramadan, Syawal
You must be logged in to post a comment.