2 melecur dalam kebakaran tiga rumah di Tebobon

2 melecur dalam kebakaran tiga rumah di Tebobon

2 melecur dalam kebakaran tiga rumah di Tebobon
Tiga rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Tebobon, Manggatal, Kota Kinabalu. – Foto ihsan bomba

KOTA KINABALU: Seorang warga emas antara dua melecur selepas tiga rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Tebobon, Menggatal, di sini, awal pagi tadi.

Lelaki berusia 60 tahun itu melecur pada bahagian tangan, kaki dan belakang badan, manakala seorang lagi mangsa iaitu wanita berusia 48 tahun cedera ringan selepas melecur pada tangan kanan dan kaki kiri.

Kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Tuaran untuk rawatan lanjut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Noor Sherriyana Bohari, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 5.43 pagi sebelum anggota dan jentera digerakkan ke lokasi kejadian.

“Kebakaran membabitkan tiga rumah sebelum operasi pemadaman dijalankan menggunakan dua aliran dengan empat pancutan air daripada jentera dan pili bomba berhampiran.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Dr Asyraf Turun Padang Santuni Warga Gerik


“Ketiga-tiga rumah terbakar hampir 95 peratus. Dua mangsa dilaporkan cedera melecur dan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 6.41 pagi, selain dua rumah berhampiran turut diselamatkan daripada terbakar.

“Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

2 melecur dalam kebakaran tiga rumah di Tebobon

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kerjasama Kerajaan–Swasta Tangani Kos Sara Hidup Menjelang Ramadan, Syawal

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker