11 ‘pelancong’ Afrika ditahan melacur di Bukit Bintang

11 ‘pelancong’ Afrika ditahan melacur di Bukit Bintang

11 'pelancong' Afrika ditahan melacur di Bukit Bintang

KUALA LUMPUR: Seramai 11 wanita disyaki pelacur dari benua Afrika ditahan awal pagi hari ini ketika menawarkan perkhidmatan persundalan di kawasan tumpuan di sekitar Bukit Bintang, di sini.

Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur dalam kenyataan, berkata serbuan dijalankan bermula jam 2 pagi oleh sepasukan anggota dari Bahagian D7 (kongsi gelap, judi, dan maksiat) dengan bantuan Jabatan Imigresen.

“Risikan selama dua minggu mendapati wanita ini masuk sebagai pelancong terdiri daripada warga Ghana, Uganda dan Nigeria.

“Mereka menawarkan perkhidmatan seksual dengan kadar bayaran kira-kira RM200 dan menyasarkan pelanggan yang datang berhibur di sekitar kawasan terbabit,” katanya.

Menurutnya, siasatan mendapati rata-rata daripada wanita berkenaan melakukan kegiatan tidak bermoral itu sejak sebulan lalu di kaki-kaki lima sekitar Bukit Bintang.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Dr Asyraf Turun Padang Santuni Warga Gerik


Katanya, sekiranya pelanggan berminat mereka akan melakukan perbuatan seksual di hotel bajet sekitar kawasan berkenaan atau mana-mana lokasi pilihan pelanggan.

“Siasatan awal individu yang ditahan masuk ke Malaysia menggunakan pas pelancong seterusnya menjadikan kegiatan ini sebagai punca pendapatan,” katanya.

Menurut kenyataan itu, semua wanita berusia lingkungan 20 hingga 30-an ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 372 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Katanya, pasukan serbuan turut merampas sejumlah kondom yang dipercayai digunakan wanita terbabit bagi aktiviti tidak bermoral.

11 ‘pelancong’ Afrika ditahan melacur di Bukit Bintang

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kerjasama Kerajaan–Swasta Tangani Kos Sara Hidup Menjelang Ramadan, Syawal

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker