Seorang wanita maut, tiga ahli keluarga cedera dalam nahas di Taman Bertam Impian

Seorang wanita maut, tiga ahli keluarga cedera dalam nahas di Taman Bertam Impian

Seorang wanita maut, tiga ahli keluarga cedera dalam nahas di Taman Bertam Impian
Kereta dipandu suami mangsa berusia 69 tahun dipercayai terbabas dari kawasan parkir sebelum masuk ke longkang dan semua mangsa dikeluarkan bomba

MELAKA: Seorang wanita maut manakala tiga lagi ahli keluarganya, termasuk bayi berusia enam bulan, cedera selepas kereta yang mereka naiki terbabas ke longkang di Taman Bertam Impian di sini, hari ini.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia-Melaka, Mohd Hafidzatullah Rashid, berkata pihaknya menerima panggilan jam 1.58 tengah hari sebelum lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tangga Batu dikerah ke lokasi kejadian.

“Terdapat empat mangsa… terdiri daripada sepasang suami isteri, anak perempuan mereka yang berusia 25 tahun serta seorang cucu,” katanya dalam kenyataan di sini.

Kereta dipandu suami mangsa berusia 69 tahun dipercayai terbabas dari kawasan parkir sebelum masuk ke longkang dan semua mangsa dikeluarkan bomba.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sentuhan Prihatin Di DUN Trong, Dekati Rakyat Dalam Sukar Dan Duka


Mohd Hafidzatullah berkata, wanita berusia 56 tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala ahli keluarganya yang cedera diserahkan kepada Kementerian Kesihatan untuk rawatan lanjut.

Beliau juga berkata kes itu kemudian diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia.

Seorang wanita maut, tiga ahli keluarga cedera dalam nahas di Taman Bertam Impian

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dr Asyraf Turun Padang Santuni Warga Gerik

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker