‘Saya sahkan Zamri Vinoth ditahan’ – Ketua Polis KL
‘Saya sahkan Zamri Vinoth ditahan’ – Ketua Polis KL

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan penahanan penyelaras himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH), Zamri Vinoth, serta beberapa individu lain di sekitar Sogo, malam ini.
Penahanan Zamri disahkan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus.
Fadil dalam kenyataan ringkas memaklumkan Zamri antara beberapa individu yang terbabit GARAH kini ditahan polis berhubung himpunan itu yang dijadual berlangsung jam 8 malam tadi.
“Saya sahkan penahanan Zamri Vinoth bersama penama-penama lain. Kita akan perincikan lanjut berhubung penahanan itu, esok,” katanya.
Terdahulu, BH melaporkan beberapa individu dipercayai peserta GARAH dilaporkan ditahan polis berhampiran pusat beli belah Sogo, di sini, malam ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pembangunan Luar Bandar Terus Diberi Keutamaan – Mohd Asna
- Kerjasama Strategik Antara IPT Dan Industri Akan Diperluas Rentas Sektor
- Kolej KETENGAH Raih Akreditasi Penuh MQA, Bukti Kualiti Pendidikan Diperkasa – Rozi Mamat
Sentuhan Prihatin Di DUN Trong, Dekati Rakyat Dalam Sukar Dan Duka
Beberapa individu terbabit turut didakwa cuba melakukan provokasi ketika dihampiri anggota polis yang pada awalnya memberikan nasihat supaya mereka tidak meneruskan sebarang perhimpunan di lokasi berkenaan.
Difahamkan, semua individu yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini, untuk tindakan lanjut.
Difahamkan, sekurang-kurangnya enam individu ditahan termasuk Zamri dan peguam, Haniff Khatri.
Sementara itu, pemantauan BH di lokasi setakat jam 10 malam ini, mendapati kawasan Sogo semakin lengang dengan terdahulu orang awam dihalang oleh polis daripada memasuki perkarangan Sogo.
Pusat beli Sogo turut mula menutup operasi perniagaan sekitar jam 9.30 malam.

‘Saya sahkan Zamri Vinoth ditahan’ – Ketua Polis KL
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pertemuan Onn Hafiz–Kepimpinan Singapura Kukuhkan Persefahaman Dua Hala
- Sentuhan Prihatin Di DUN Trong, Dekati Rakyat Dalam Sukar Dan Duka
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.