Rosenior puji Palmer selepas hatrik babak pertama tewaskan Wolves
Rosenior puji Palmer selepas hatrik babak pertama tewaskan Wolves

Wolverhampton: Pengurus Chelsea, Liam Rosenior, melabel Cole Palmer sebagai ‘tidak boleh dihentikan’ selepas penyerang England itu meledak hatrik pada babak pertama untuk membawa Blues menewaskan Wolves 3-1, awal pagi tadi.
Palmer menampilkan ketenangan luar biasa dengan menyempurnakan dua sepakan penalti sebelum menanduk masuk jaringan ketiga ke atas bumbung gol, menyempurnakan hatrik sebelum rehat.
Selepas jaringan itu, pemain berusia 23 tahun itu meraikan gol dengan menutup telinga, dipercayai sebagai respon kepada laporan bahawa dia tidak selesa di barat London.
Rosenior meluahkan kekaguman terhadap persembahan dinamik dan ketajaman Palmer di depan gol, menekankan bahawa pemain itu memiliki bakat bertaraf dunia.
“Saya tidak mahu dia berubah, itu pasti. Beberapa rentak permainan kami, beberapa corak bola sepak kami, adalah apa yang saya ingin lihat dan dia sebahagian daripadanya. Kami tahu betapa hebatnya pemain bertaraf dunia ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pembangunan Luar Bandar Terus Diberi Keutamaan – Mohd Asna
- Kerjasama Strategik Antara IPT Dan Industri Akan Diperluas Rentas Sektor
- Kolej KETENGAH Raih Akreditasi Penuh MQA, Bukti Kualiti Pendidikan Diperkasa – Rozi Mamat
Sentuhan Prihatin Di DUN Trong, Dekati Rakyat Dalam Sukar Dan Duka
“Dia bermain banyak perlawanan sepanjang tahun lalu tanpa banyak rehat. Apabila berada di tahap terbaik, dia tidak boleh dihentikan. Saya gembira dapat bekerjasama dengannya,” kata Rosenior.
Hatrik Palmer itu menjadikan dia melepasi angka 50 gol sejak berpindah dari Manchester City pada 2023. Pemain ini kini mencatat rekod sebagai pemain pertama dalam era Liga Perdana Inggeris yang menjaringkan tiga hatrik babak pertama sepanjang kerjayanya.
Palmer memuji Rosenior kerana membantunya kembali ke tahap prestasi terbaik selepas kempen terdahulu dilanda kecederaan.
“Tidak 100 peratus cergas memang bukan ideal, tapi saya rasa masih boleh membantu pasukan. Apabila kembali sepenuhnya, saya rasa boleh pergi ke tahap lebih tinggi. Kehidupan di bawah Liam memang hebat, dia beri keyakinan kepada kami semua, membolehkan kami bermain secara bebas.
“Saya pasti apabila kembali sepenuhnya, anda akan lihat versi terbaik saya. Dia dan semua staf beri keyakinan di padang latihan, saya sangat menyukainya,” kata Palmer.
Rosenior puji Palmer selepas hatrik babak pertama tewaskan Wolves
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pertemuan Onn Hafiz–Kepimpinan Singapura Kukuhkan Persefahaman Dua Hala
- Sentuhan Prihatin Di DUN Trong, Dekati Rakyat Dalam Sukar Dan Duka
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.