Polis JB siasat video buli tular, minta mangsa tampil buat laporan

Polis JB siasat video buli tular, minta mangsa tampil buat laporan

Polis JB siasat video buli tular, minta mangsa tampil buat laporan

JOHOR BAHRU: Polis mengesahkan sedang menyiasat video tular mengenai kejadian buli membabitkan sekumpulan kanak-kanak didakwa berlaku di Jalan Mewah, Kampung Melayu Majidee di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, berkata pihaknya mengesan satu rakaman tular di media sosial, namun setakat ini belum ada sebarang laporan polis diterima.

“Siasatan awal sedang dijalankan bagi mengenal pasti kesahihan rakaman tular serta mengesan individu-individu yang terlibat.

 

“Polis sedang berusaha mengesan saksi di lokasi kejadian,” katanya melalui kenyataan.

Raub meminta mangsa, waris atau mana-mana individu yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tampil membuat laporan bagi membantu siasatan.

Terdahulu, tular rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 23 saat memaparkan kejadian kira-kira jam 12.39 tengah malam semalam melibatkan sekumpulan kanak-kanak berkenaan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sentuhan Prihatin Di DUN Trong, Dekati Rakyat Dalam Sukar Dan Duka


Kejadian buli itu membabitkan sekurang-kurangnya empat kanak-kanak lelaki yang melakukan kejadian itu terhadap seorang kanak-kanak lain.

Video mendapatkan kecaman pengguna media sosial yang kemudian menggesa pihak berkuasa segera mengambil tindakan undang-undang ke atas pelaku.

Polis JB siasat video buli tular, minta mangsa tampil buat laporan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dr Asyraf Turun Padang Santuni Warga Gerik

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker