Pesanan Terakhir Allahyarham Along Eyzendy Buat Isteri Undang Sebak Ramai

Balu Along Eyzendy kongsi pesanan terakhir arwah undang sebak ramai. Al-Fatihah dibacakan.

Pesanan Terakhir Allahyarham Along Eyzendy Buat Isteri Undang Sebak Ramai

Pesanan Terakhir Allahyarham Along Eyzendy Buat Isteri Undang Sebak Ramai

Balu kepada pelakon Allahyarham Along Eyzendy, Hamidah Mohd Yatim mendedahkan arwah suaminya sering berpesan agar beliau sentiasa menjadi kuat demi diri sendiri dan anak-anak dalam meneruskan kehidupan tanpanya.

Menurut laporan Harian Metro, Hamidah berkata pesanan itu bukan sesuatu yang baru, malah sering diulang Allahyarham setiap kali keluar bekerja atau berada di luar kawasan.

Cuma Along pesan suruh saya jadi kuat sebab ada anak-anak. Kena teruskan hidup juga kalau tak ada dia (Allahyarham). Macam mana-macam mana pun, ‘life must going on’ (hidup harus diteruskan).

Pesanan arwah Along Eyzendy buat isteri

Hamidah berkata, kata-kata itu sentiasa tersemat dalam ingatannya kerana ia sudah menjadi pesanan tetap arwah sejak sebelum jatuh sakit.

Jadi, kena kuat untuk anak-anak. Memang itu pesanan yang selalu Along titip dan ingatkan kepada saya. Sejak sebelum dia (arwah) sakit lagi. Macam itulah pesan dia.

Mana-mana sebelum dia nak pergi pun, mesti dia ingatkan saya agar menjaga diri dan anak-anak.

Selamat dikebumikan jam 9.30 pagi tadi

Mengulas mengenai urusan pengebumian, Hamidah memaklumkan Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Cahaya Masai, Pasir Gudang, Johor pada jam 9.30 pagi.

Allahyarham Along dah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Cahaya Masai, Pasir Gudang pada jam 9.30 pagi ini. Terima kasih pada semua yang datang dan mendoakan.

Insya Allah, saya sabar dan akan kuat demi anak-anak.

Pssttt! Kehilangan insan tersayang bukan mudah, namun kekuatan dan kasih sayang kepada keluarga menjadi pendorong untuk terus melangkah ke depan. Doakan yang pergi, kuatkan yang tinggal.

Pesanan Terakhir Allahyarham Along Eyzendy Buat Isteri Undang Sebak Ramai

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dr Asyraf Turun Padang Santuni Warga Gerik

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker