Pertemuan Onn Hafiz–Kepimpinan Singapura Kukuhkan Persefahaman Dua Hala

Pertemuan Onn Hafiz–Kepimpinan Singapura Kukuhkan Persefahaman Dua Hala

Pertemuan Onn Hafiz–Kepimpinan Singapura Kukuhkan Persefahaman Dua Hala

KUALA LUMPUR, 7 Feb – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berbesar hati mengadakan pertemuan bersama kepimpinan kanan Kerajaan Singapura dalam usaha memperkukuh hubungan dua hala serta memperluas kerjasama strategik antara Johor dan republik berkenaan.

Beliau berkata, pertemuan tersebut membuka ruang perbincangan menyeluruh mengenai kepentingan bersama Johor dan Singapura, khususnya melibatkan aspek kestabilan serantau, keselamatan serta pembangunan ekonomi yang mampan dan berdaya saing.

Alhamdulillah. Saya berkesempatan mengadakan pertemuan santai bersama kepimpinan kanan Kerajaan Singapura iaitu Tuan Gan Kim Yong, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perdagangan dan Industri, bersama Tuan K. Shanmugam, Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara dan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, serta Dr. Tan See Leng, Menteri Tenaga Manusia.

“Pertemuan ini membuka ruang perbincangan menyeluruh mengenai kepentingan bersama Johor dan Singapura, meliputi aspek kestabilan serantau, keselamatan serta pembangunan ekonomi,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Malaysia–China Cadang Penubuhan Malaysia-China Institute, Fokus TVET Berimpak Tinggi


Menurut beliau, hubungan erat dan persefahaman yang terus diperkukuh melalui kerjasama strategik antara kedua-dua pihak diyakini mampu menjadi pemangkin kepada masa depan Johor–Singapura yang lebih maju, stabil dan berdaya saing.

“Semoga hubungan erat dan persefahaman yang terus diperkukuh melalui kerjasama ini menjadi pemangkin kepada masa depan Johor–Singapura yang lebih maju, stabil dan berdaya saing. Insya-Allah,” tambahnya. – UMNO Online

Pertemuan Onn Hafiz–Kepimpinan Singapura Kukuhkan Persefahaman Dua Hala

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sentuhan Prihatin Di DUN Trong, Dekati Rakyat Dalam Sukar Dan Duka

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker