Pekerja ladang hilang, dikhuatiri dibaham buaya ketika memukat

Pekerja ladang hilang, dikhuatiri dibaham buaya ketika memukat

Pekerja ladang hilang, dikhuatiri dibaham buaya ketika memukat
Foto hiasan

KINABATANGAN: Seorang pekerja ladang hilang dikhuatiri dibaham buaya ketika memukat ikan di sungai berhampiran Ladang Kompas Tenggara Sukau, di sini, malam tadi.

Stefanus Martin, 48, disedari hilang selepas tidak pulang ke rumah sehingga jam 8 malam tadi.

Beberapa pekerja ladang menjalankan pencarian awal di sekitar tebing sungai selepas menyedari kehilangan mangsa, namun hanya menemukan pakaian dan pukat dipercayai milik mangsa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan, Hairi Otuh, berkata pihaknya menerima laporan jam 1.07 tengah hari tadi, sebelum lima anggota digerakkan ke lokasi untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Operasi dengan bantuan polis membabitkan kawasan sungai berhampiran untuk mengesan mangsa.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sentuhan Prihatin Di DUN Trong, Dekati Rakyat Dalam Sukar Dan Duka


“Setakat ini, mangsa belum ditemui dan operasi SAR masih diteruskan,” katanya.

Pekerja ladang hilang, dikhuatiri dibaham buaya ketika memukat

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dr Asyraf Turun Padang Santuni Warga Gerik

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker