Operator kilang dan eksekutif jualan mangsa penipuan pinjaman dan tawaran tender

Operator kilang dan eksekutif jualan mangsa penipuan pinjaman dan tawaran tender

Operator kilang dan eksekutif jualan mangsa penipuan pinjaman dan tawaran tender
Foto hiasan.

KUALA TERENGGANU: Harapan untuk mendapatkan pinjaman berjumlah RM100,000 berkecai apabila seseorang operator kilang wanita kerugian RM50,300 ditipu sindiket tipu pinjaman tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, mangsa wanita berusia 27 tahun membuat laporan Polis di Balai Polis Kuala Terengganu kira-kira jam 12.45 tengah hari semalam.

Menurutnya, pada 12 Januari lalu mangsa ketika melayari laman Facebook melihat satu tawaran iklan pinjaman wang di aplikasi berkenaan.

Katanya, tertarik dengan tawaran iklan itu mangsa kemudian berhubung dengan individu yang mengakui wakil sebuah bank dan cuba membuat pinjaman berjumlah RM100,000.

“Bagaimanapun, untuk kelulusan pinjaman berkenaan individu terbabit meminta mangsa melakukan 12 transaksi ke dalam enam akaun berbeza.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sentuhan Prihatin Di DUN Trong, Dekati Rakyat Dalam Sukar Dan Duka


“Kesemua transaksi itu dilakukan secara berperingkat antara 14 hingga 20 Januari lalu oleh mangsa.

“Mangsa yang terpedaya kemudian memasukkan wang berjumlah RM50,300 secara berperingkat ke akaun yang diberi oleh individu itu namun mangsa tidak memperoleh pinjaman seperti ditawarkan,” katanya.

Beliau berkata, merasakan dirinya sudah ditipu mangsa kemudian membuat laporan Polis berhubung kejadian itu manakala sumber kewangan mangsa adalah sumber wang simpanan sendiri dan juga wang simpanan milik suaminya.

Dalam perkembangan berasingan, Azli berkata, seorang eksekutif jualan wanita sebuah syarikat pembekal barangan pejabat berusia 29 tahun kerugian RM50,750 selepas terpedaya dengan tawaran tender membekal set kerusi meja kantin sekolah.

“Mangsa membuat laporan Polis di Balai Polis Kuala Terengganu kira-kira jam 5.27 petang semalam.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Malaysia–China Cadang Penubuhan Malaysia-China Institute, Fokus TVET Berimpak Tinggi


“Dalam kejadian ini, mangsa ditipu dengan tawaran tender membekal set kerusi meja kantin untuk sebuah Sekolah Kebangsaan di daerah Marang,” katanya.

Menurutnya, mangsa diminta berhubung dengan individu yang mengakui pihak pembekal dan kemudian membuat bayaran melalui transaksi pindahan wang ke dalam akaun yang diarahkan.

Katanya, bagaimana selepas itu mangsa menyedari ditipu selepas tander berkenaan didapati tidak wujud lalu membuat laporan Polis.

Katanya, sumber kewangan yang digunakan mangsa adalah wang syarikat dan kedua-duakes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Operator kilang dan eksekutif jualan mangsa penipuan pinjaman dan tawaran tender

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dr Asyraf Turun Padang Santuni Warga Gerik



Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker