Malaysia tewas 0-3 kepada Jepun, jurang kualiti skuad muda terserlah
Malaysia tewas 0-3 kepada Jepun, jurang kualiti skuad muda terserlah

Kuala Lumpur: Kelemahan skuad badminton negara terserlah dengan Jepun menjadi cermin sebenar tahap semasa pasukan muda negara, selepas Malaysia kecundang 0-3 pada aksi suku akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) dan kekalahan itu membuka mata terhadap jurang kualiti yang masih wujud.
Ketua Kejurulatihan Perseorangan Kebangsaan, Kenneth Jonassen, mengakui skuad negara tidak berjaya mencabar kekuatan Jepun, sekali gus menegaskan keperluan penambahbaikan menyeluruh jika Malaysia mahu bersaing secara konsisten dengan pasukan kelompok utama dunia.
Menurut Jonassen, kekalahan itu memberi gambaran jelas kedudukan sebenar barisan pemain muda negara ketika ini, dengan banyak aspek perlu diperhalusi untuk meningkatkan daya saing di peringkat antarabangsa.
“Jepun terlalu kuat. Kami tidak berjaya memberi cabaran yang cukup. Banyak pengajaran diperoleh, ada yang positif dan ada juga yang negatif. Semua ini perlu diperbaiki jika kami mahu mencabar pasukan terbaik,” katanya.
Bagaimanapun, Jonassen tetap melihat perkembangan positif daripada kempen berkenaan, khususnya dari sudut semangat berpasukan yang ditunjukkan pemain.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pembangunan Luar Bandar Terus Diberi Keutamaan – Mohd Asna
- Kerjasama Strategik Antara IPT Dan Industri Akan Diperluas Rentas Sektor
- Kolej KETENGAH Raih Akreditasi Penuh MQA, Bukti Kualiti Pendidikan Diperkasa – Rozi Mamat
Sentuhan Prihatin Di DUN Trong, Dekati Rakyat Dalam Sukar Dan Duka
“Sokongan antara pemain, semangat berpasukan dan kebersamaan dalam pasukan sangat kuat dan jelas dapat dilihat,” katanya.
Dalam aksi suku akhir di Pusat Sukan Qingdao, perseorangan utama negara, Justin Hoh yang menghuni ranking ke-39 dunia, tewas kepada pemain ke-19 dunia Jepun, Yushi Tanaka, dalam pertarungan tiga set 17-21, 22-20, 11-21.
Cabaran Malaysia terus tersekat apabila beregu Wan Arif Wan Junaidi-Yap Roy King tunduk kepada pasangan nombor sembilan dunia Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi, 14-21, 12-21.
Jepun kemudian mengesahkan kemaraan ke separuh akhir menerusi perseorangan kedua, Koki Watanabe, yang menewaskan Aidil Sholeh Ali Sadikin 20-22, 21-11, 21-3.
Keputusan itu menyaksikan Malaysia gagal mengulangi pencapaian mara ke final edisi 2024 di Shah Alam, selain terlepas peluang layak secara merit ke pusingan akhir Piala Thomas di Horsens, Denmark pada April depan, dengan hanya empat pasukan terbaik BATC layak secara automatik.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- KUSKOP Perkukuh Penyelarasan Program Keusahawanan Elak Pertindihan – Mohamad Alamin
- Syed Hussien Turun Padang Bersama Komuniti
- Kerajaan Guna Pendekatan Pelbagai Indikator Nilai Ketidaksamarataan Pendapatan – Mohd Shahar
Malaysia–China Cadang Penubuhan Malaysia-China Institute, Fokus TVET Berimpak Tinggi
Walaupun gagal layak secara merit, peluang skuad negara ke Piala Thomas masih terbuka menerusi kedudukan sebagai antara tiga pasukan terbaik dalam kalangan negara yang tidak layak melalui kejohanan benua.
Malaysia tewas 0-3 kepada Jepun, jurang kualiti skuad muda terserlah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pertemuan Onn Hafiz–Kepimpinan Singapura Kukuhkan Persefahaman Dua Hala
- Sentuhan Prihatin Di DUN Trong, Dekati Rakyat Dalam Sukar Dan Duka
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Dr Asyraf Turun Padang Santuni Warga Gerik
You must be logged in to post a comment.