Lelaki lemas, terjun sungai demi ‘konten’

Lelaki lemas, terjun sungai demi ‘konten’

Lelaki lemas, terjun sungai demi ‘konten’
Tangkap layar video menunjukkan Montoya cuba berenang ke tepi Sungai Cauca sebelum hilang daripada pandangan. – Jam Press

BOGOTA – Seorang lelaki ditemukan lemas selepas merakam dirinya terjun ke dalam sebatang sungai mengalir deras di Colombia sebagai kandungan untuk dimuat naik di media sosial, lapor akhbar The Sun UK.

Kejadian berlaku di Sungai Cauca, baru-baru ini.

Rakaman video tular memaparkan mangsa bernama Angel Montoya, 30, bergelak ketawa dengan perakam sebelum terjun ke dalam sungai yang keruh dari sebuah jambatan.

Montoya cuba berenang ke tepi sungai tetapi gagal disebabkan arus yang terlalu kuat. Selepas beberapa saat, dia hilang daripada pandangan.

Rakaman itu dimuat naik di media sosial sebagai sebahagian daripada rayuan untuk mencari Montoya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sentuhan Prihatin Di DUN Trong, Dekati Rakyat Dalam Sukar Dan Duka


Mayat mangsa ditemukan oleh pihak berkuasa di tebing sungai. Penemuan itu pada awalnya dibuat oleh sekumpulan pekerja.

Setiausaha Pengurusan Risiko di Valle del Cauca, Francisco Tenorio tampil memberi amaran kepada orang ramai yang ingin melakukan aksi serupa.

“Kita berdepan musim hujan, dengan kira-kira 25 kawasan terjejas akibat banjir kilat dan hujan lebat.

“Hidup adalah hadiah paling berharga dan tidak boleh dipertaruhkan,” kata Tenorio. – AGENSI

Lelaki lemas, terjun sungai demi ‘konten’

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dr Asyraf Turun Padang Santuni Warga Gerik

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker