Kak KM Sebak, Ajak Kak Nona Datang Rumah Untuk Berbaik [VIDEO]

‘Saya Tahu Awak Kesepian’

Kak KM Sebak, Ajak Kak Nona Datang Rumah Untuk Berbaik [VIDEO]

Kak KM Sebak, Ajak Kak Nona Datang Rumah Untuk Berbaik [VIDEO]

Usahawan popular Kak KM tidak dapat menahan sebak apabila mengajak kakaknya, Nona, untuk bertemu dan berbaik semula bagi menamatkan persengketaan yang pernah berlaku sebelum ini.

Sebak

@ujisamkok

♬ original sound – Ujisamkok – Ujisamkok

Menerusi potongan klip siaran langsung, Kak KM atau nama lengkapnya Liana Rosli mempelawa Kak Nona untuk datang ke rumahya bertemu dengan adik-beradiknya yang lain.

Dalam perkongsian itu, Kak KM juga mendakwa bahawa Kak Nona berkemungkinan berasa kesepian.

Selama ini awak masih ada suami jadi kami tidak mahu kacau kebahagiaan awak tapi sekarang saya tahu awak tengah tak okay.

Datang sini, Sayang (nama panggilan Kak KM) tunggu Kak Nona.

Kak KM turut berharap agar pada tahun ini mereka berpeluang untuk beraya bersama.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sentuhan Prihatin Di DUN Trong, Dekati Rakyat Dalam Sukar Dan Duka


Malah, Kak KM sempat berseloroh bahawa dia akan merawat hati kakaknya sambil berharap hubungan mereka dapat dipulihkan dan keakraban keluarga kembali terjalin.

Kak Nona, Sayang rasa datang sajalah dekat sini sebab awak pun tengah putus kasih.

Kami akan rawat hati dan jiwa raga awak. Saya tahu awak kesepian. Saya panggil awak untuk datang kepada saya.

Terdahulu, timbul dakwaan mengatakan hubungan Kak KM dan Kak Nona dikatakan renggang selepas berlakunya salah faham melibatkan perniagaan.

Sumber: TikTok

Kak KM Sebak, Ajak Kak Nona Datang Rumah Untuk Berbaik [VIDEO]

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dr Asyraf Turun Padang Santuni Warga Gerik

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker