Jonassen akur Korea Selatan terlalu kuat buat skuad wanita negara

Jonassen akur Korea Selatan terlalu kuat buat skuad wanita negara

Jonassen akur Korea Selatan terlalu kuat buat skuad wanita negara
LETSHANAA gagal beri cabaran sengit kepada Se Young. FOTO BAM

Kuala Lumpur: Impian skuad badminton wanita negara untuk melangkah lebih jauh di Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2026 berakhir di suku akhir selepas dikecewakan Korea Selatan yang jelas berada pada tahap berbeza.

Turun selaku pilihan kedua kejohanan, Korea Selatan mempamerkan kekuatan sebenar apabila menundukkan Malaysia 3-0 dalam perlawanan di Pusat Sukan Qingdao, China semalam, sekali gus menutup laluan wirawati negara ke separuh akhir.

Menurut Pengarah Kejurulatihan Perseorangan, Kenneth Jonassen mengakui kekuatan lawan sukar ditandingi, apatah lagi pasukan negara dibarisi pemain muda yang masih mentah di pentas besar.

Beliau berkata, pasukan lawan berada jauh di hadapan dari segi kualiti permainan dan konsistensi, namun tetap melihat perkembangan positif dipamerkan pemain sepanjang kejohanan.

“Dalam kebanyakan perlawanan, pemain kita agak bergelut untuk menyaingi rentak lawan, tetapi saya nampak karakter dan sikap tidak mudah mengalah yang positif,” katanya.

Pada perlawanan itu, K. Letshanaa berdepan tugas sukar apabila turun menentang pemain nombor satu dunia, An Se Young, sebelum tewas straight set 11-21, 11-21 dalam tempoh 36 minit.

Korea Selatan kemudian menambah mata menerusi beregu wanita, Baek Ha Na-Kim Hye Jeong yang mudah menewaskan gandingan muda negara, Carmen Ting-Ong Xin Yee 21-13, 21-9.

Harapan untuk mengutip sekurang-kurangnya satu mata tidak kesampaian apabila Wong Ling Ching tunduk 16-21, 12-21 kepada Park Ga Eun, sekali gus mengesahkan penyingkiran Malaysia.

Sebagai rekod, pencapaian terbaik skuad wanita negara dalam kejohanan ini adalah mara ke separuh akhir pada edisi 2020 dan 2022.

Jonassen akur Korea Selatan terlalu kuat buat skuad wanita negara

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dr Asyraf Turun Padang Santuni Warga Gerik

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker