Jepun sekat Malaysia di suku akhir

Jepun sekat Malaysia di suku akhir

Jepun sekat Malaysia di suku akhir
Arif dan Roy King gagal atasi beregu Jepun. FOTO BAM

Kuala Lumpur: Skuad badminton lelaki negara gagal mempertahankan pingat perak Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2026 selepas tersingkir di peringkat suku akhir apabila tewas 0-3 kepada Jepun di Qingdao, China, sebentar tadi.

Kekalahan itu turut menyaksikan Malaysia gagal mara ke separuh akhir buat kali pertama sejak edisi 2018 sekali gus terlepas slot kelayakan automatik ke Piala Thomas.

Cabaran negara bermula hambar apabila perseorangan utama, Justin Hoh, tewas selepas bertarung tiga set menentang Yushi Tanaka 17-21, 22-20, 11-21.

Harapan untuk bangkit menerusi beregu lelaki tidak kesampaian apabila gandingan Arif Junaidi-Yap Roy King akur kepada kekemasan permainan pasangan Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi, yang menang straight set 21-14, 21-12.

Kekalahan Malaysia disahkan menerusi aksi perseorangan kedua apabila Aidil Sholeh Ali Sadikin gagal mengekalkan momentum selepas menang set pertama sebelum tewas kepada Koki Watanabe 22-20, 11-21, 3-21.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sentuhan Prihatin Di DUN Trong, Dekati Rakyat Dalam Sukar Dan Duka


Sebagai rekod, pencapaian terbaik kem lelaki negara dalam BATC adalah pingat emas edisi 2022, selain perak pada 2020 dan 2024 serta gangsa pada 2018.

Hanya empat pasukan terbaik layak secara automatik ke pusingan akhir Piala Thomas du Horsens, Denmark April depan.

Bagaimanapun, peluang skuad lelaki negara untuk beraksi di kejohanan berkenaan masih belum tertutup menerusi kedudukan antara tiga pasukan terbaik dalam kalangan negara yang tidak layak melalui kejohanan benua.

Jepun sekat Malaysia di suku akhir

 

 

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dr Asyraf Turun Padang Santuni Warga Gerik

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker