Fernandes puji Carrick sebagai pengurus hebat selepas United tewaskan Tottenham

Fernandes puji Carrick sebagai pengurus hebat selepas United tewaskan Tottenham

Fernandes puji Carrick sebagai pengurus hebat selepas United tewaskan Tottenham
Aksi kapten Manchester United Bruno Fernandes. – Foto Reuters

London: Kapten Manchester United, Bruno Fernandes, memuji pengurus sementara, Michael Carrick, susulan kemenangan 2-0 ke atas Tottenham, awal pagi tadi.

Kemenangan itu menandakan kemenangan keempat berturut-turut United di bawah Carrick dengan kali pertama pasukan mencatat rentak kemenangan sebegitu dalam Liga Perdana sejak dua tahun lalu.

“Ini bola sepak, segalanya boleh berubah dari satu perlawanan ke perlawanan lain.

“Carrick datang dengan idea yang tepat, memberi pemain tanggungjawab dan kebebasan di atas padang,” kata Fernandes kepada TNT Sports.

Malah, Fernandes juga turut melihat Carrick mampu memikul tanggungjawab sebagai pengurus tetap berdasarkan kepada pembaharuan dan kejayaan pasukan ketika ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sentuhan Prihatin Di DUN Trong, Dekati Rakyat Dalam Sukar Dan Duka


“Ini sangat baik. Saya yakin dia akan menjadi pengurus hebat dan kini dia membuktikannya. Kami harap boleh bantu dia lebih lagi.

“Semua pemain faham tekanan bermain untuk kelab ini, semua tahu jangkaan yang ada. Dia tahu apa maknanya untuk kelab ini menang. Ia menambah sesuatu yang istimewa kepada pasukan,” katanya

Fernandes puji Carrick sebagai pengurus hebat selepas United tewaskan Tottenham


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dr Asyraf Turun Padang Santuni Warga Gerik

 

 

 

 

 

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker