Dr Asyraf Turun Padang Santuni Warga Gerik

Dr Asyraf Turun Padang Santuni Warga Gerik

Dr Asyraf Turun Padang Santuni Warga Gerik

KUALA LUMPUR, 7 Feb – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berbesar hati turun padang ke Gerik dalam usaha menyantuni masyarakat setempat serta mendekati denyut nadi rakyat di kawasan berkenaan.

Pada kunjungan tersebut, beliau yang juga Pengerusi MARA memenuhi jemputan penduduk kampung sempena majlis kenduri kahwin di beberapa lokasi sekitar Gerik.

“Hujung minggu ini seperti biasa, jadual saya penuh bersama orang kampung di sekitar Gerik. Dari pagi hingga petang saya menghadiri lapan jemputan kenduri kahwin di Kampung Jong, Kampung Plang, Kampung Bandariang, Kampung Perah dan Dewan Serbaguna Gerik.

“Inilah masa terbaik untuk bertemu mata, bersalam, bertanya khabar dan mendengar sendiri denyut nadi rakyat. Suasana penuh mesra dan gelak tawa inilah yang membuatkan masyarakat Gerik sentiasa dekat di hati saya,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Beliau juga turut meluangkan masa bersama Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia, Prof Dr Mohd Shafry Mohd Rahim, ke Kampung Plang, Pengkalan Hulu yang dipilih sebagai Kampung Angkat MADANI UTM.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Malaysia–China Cadang Penubuhan Malaysia-China Institute, Fokus TVET Berimpak Tinggi


Dr Asyraf percaya bahawa peruntukan RM1 juta yang disalurkan akan memberi manfaat untuk pembangunan infrastruktur termasuk pembinaan jambatan, merancakkan ekonomi melalui industri roselle serta menaik taraf kemudahan asas dan program komuniti agar manfaatnya dirasai bersama.

“Lebih menggembirakan, warga Kampung Plang turut menerima berita baik apabila Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri, meluluskan RM4.5 juta bagi pembinaan masjid baharu.

“Semoga ia menjadi pusat ibadah, ilmu dan penyatuan ummah serta lambang kekuatan ukhuwah masyarakat setempat,” ujar beliau.

Pada sebelah petang beliau bersama penduduk Kampung Air Musang menyampaikan bakul makanan sebagai tanda ingatan.

“Semoga ukhuwah kita terus berkekalan dan sama-sama kita berganding bahu, saling membantu demi membina Gerik yang lebih makmur, sejahtera dan hebat untuk semua,” ujar beliau. – UMNO Online

Dr Asyraf Turun Padang Santuni Warga Gerik

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sentuhan Prihatin Di DUN Trong, Dekati Rakyat Dalam Sukar Dan Duka

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker