Daler Yusuf – Tak Kisah Kalau Orang Nak Kecam Saya

Tapi Jangan Sentuh Anak-Anak Saya

Daler Yusuf – Tak Kisah Kalau Orang Nak Kecam Saya

Daler Yusuf - Tak Kisah Kalau Orang Nak Kecam Saya

Pelakon, Daler Yusuf tampil bersuara selepas anak-anaknya menjadi sasaran kecaman ekoran tindakannya mencampuri urusan pergaduhan membabitkan seorang selebriti, baru-baru ini.

Jangan sentuh anak-anak

Daler Yusuf - Tak Kisah Kalau Orang Nak Kecam Saya

 

Menerusi perkongsian di Threads, pemilik nama Daler Yusuf Khamrokulov Muhammad, 34, berkata kecaman terhadap dirinya tidak menjadi masalah selagi tidak melibatkan anak-anaknya.

Sejak saya tegur tentang perkara itu, hari-hari dapat komen kecaman dekat hantaran saya.

Saya tidak kisah kalau orang nak kecam saya tapi jangan sentuh anak-anak saya.

Kata Daler, dia masih berpegang teguh dengan pendirian dirinya di mana seorang lelaki perlu menjaga tutur kata apabila berurusan dengan wanita.

Jelasnya, sebarang tuduhan yang dilemparkan tanpa bukti boleh menjurus kepada fitnah dan memberi kesan buruk terhadap maruah seseorang.

Lelaki kena jaga mulut apabila berdepan dengan perempuan.

Tak boleh main tuduh perempuan mengenai kehamilan luar nikah, pengguguran atau merosakkan maruah seseorang tanpa bukti.

Itu fitnah dan dosa besar.

Sebagai seorang bapa kepada anak perempuan, Daler menegaskan pendiriannya untuk terus bersuara dan menegur perkara yang dianggap tidak wajar.

Jangan normalisasikan perkara seperti ini sampai budak-budak muda ingat ia adalah perkara biasa je.

Saya seorang ayah, ada anak perempuan dan akan terus tegur bila perlu.

Sebelum ini, Daler secara terbuka menasihatkan bapa tiri dan tunang Puteri Balqis supaya tidak mencampuri urusan aktres itu berkenaan isunya bersama Mia Sara.

Pelakon filem Bintang Hatiku ini juga tidak bersetuju dengan tindakan kedua-dua lelaki itu yang didakwa bersikap biadap dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada Mia.

Sumber: Threads

Daler Yusuf – Tak Kisah Kalau Orang Nak Kecam Saya

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dr Asyraf Turun Padang Santuni Warga Gerik

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker