Benih kerang RM132,000 dirampas, 3 lelaki ditahan
Benih kerang RM132,000 dirampas, 3 lelaki ditahan

KUALA KEDAH: Cubaan menyeludup benih kerang secara haram ke negara jiran berjaya digagalkan, apabila Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Kedah menahan tiga lelaki termasuk seorang warga Thailand, Jumaat lalu.
Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak berkata, dalam serbuan pertama, pihaknya menahan sebuah bot kayu dalam operasi penguatkuasaan di perairan Kedah pada hari sama.
Beliau berkata, bot itu dikesan pada kedudukan kira-kira 1.6 batu nautika barat Kuala Tunjang sekitar jam 1.40 petang Jumaat lalu, hasil risikan Unit Risik Maritim Negeri Kedah dan Perlis bersama Zon Maritim Kuala Kedah serta Zon Maritim Kuala Perlis.
“Bot terbabit dikesan dalam perjalanan menuju ke daratan sebelum cuba melarikan diri sebaik menyedari kehadiran penguat kuasa.
“Bot Perkasa 1226 berjaya memintas bot kayu itu dan pemeriksaan mendapati seorang lelaki warga Thailand berada di atas bot tanpa sebarang dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya dalam kenyataan hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pembangunan Luar Bandar Terus Diberi Keutamaan – Mohd Asna
- Kerjasama Strategik Antara IPT Dan Industri Akan Diperluas Rentas Sektor
- Kolej KETENGAH Raih Akreditasi Penuh MQA, Bukti Kualiti Pendidikan Diperkasa – Rozi Mamat
Sentuhan Prihatin Di DUN Trong, Dekati Rakyat Dalam Sukar Dan Duka
Azreyanti berkata, bot berkenaan turut disyaki membawa benih kerang dalam kuantiti besar secara haram tanpa kebenaran atau permit sah daripada Jabatan Perikanan.
Katanya, dalam operasi yang sama, pihaknya turut menahan dua lelaki tempatan di jeti Kuala Kerpan bersama dua buah kenderaan pacuan empat roda yang dipercayai digunakan untuk mengangkut benih kerang berkenaan.
“Bot serta benih kerang dan kenderaan yang ditahan serta dirampas itu dianggarkan bernilai RM132,000 dan dibawa ke jeti Zon Maritim Kuala Kedah untuk siasatan lanjut.
“Kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63 kerana membawa benih kerang tanpa kebenaran bertulis serta kegagalan mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah, ” katanya.
Benih kerang RM132,000 dirampas, 3 lelaki ditahan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pertemuan Onn Hafiz–Kepimpinan Singapura Kukuhkan Persefahaman Dua Hala
- Sentuhan Prihatin Di DUN Trong, Dekati Rakyat Dalam Sukar Dan Duka
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.