Atikah Suhaimie – Kenapa Kalau Meniaga Mesti Semua Makanan Tak Sihat?

Atikah Suhaimie – Kenapa Kalau Meniaga Mesti Semua Makanan Tak Sihat?

Atikah Suhaimie - Kenapa Kalau Meniaga Mesti Semua Makanan Tak Sihat?

Pelakon dan usahawan Atikah Suhaimie meluahkan rasa hairan terhadap trend perniagaan makanan yang kini didominasi oleh hidangan kurang sihat.

Kebanyakannya menu tidak sihat

Atikah Suhaimie - Kenapa Kalau Meniaga Mesti Semua Makanan Tak Sihat?

 

Menerusi hantaran di Threads, Atikah atau nama penuhnya Nur Atikah Mohd Suhaimie, 35, berkata, kebanyakan perniagaan makanan kini menawarkan menu kurang sihat seperti kek, pencuci mulut yang manis, nasi goreng serta hidangan pedas.

Kenapa kalau meniaga mesti semua makanan tak sihat.

Macam kek, pencuci mulut manis, nasi goreng dan makanan bergoreng cili pedas.

Tambah Atikah, agak sukar untuk mendapatkan makanan yang berasaskan sup.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sentuhan Prihatin Di DUN Trong, Dekati Rakyat Dalam Sukar Dan Duka


Sepanjang menetap di Singapura, Atikah berkongsi dia gemar menikmati hidangan ban mian.

Namun, keadaannya berbeza di Malaysia apabila kebanyakan kedai sup yang ditemuinya tidak menepati keperluan halal.

Sini tak ada ke macam kedai jual sup-sup?

Kalau kat Singapura dulu saya suka sangat makan ban mian.

Tapi di sini tempat jual sup-sup je mesti tak halal.

‘Makan pedas memang budaya masyarakat Malaysia?’

Atikah Suhaimie - Kenapa Kalau Meniaga Mesti Semua Makanan Tak Sihat?

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Malaysia–China Cadang Penubuhan Malaysia-China Institute, Fokus TVET Berimpak Tinggi


Susulan itu, setiap kali teringin menikmati sup, dia terpaksa menyediakannya sendiri di rumah.

Lebih-lebih lagi apabila selera suaminya yang cenderung kepada nasi berkuah pekat, nasi lemak dan hidangan pedas walaupun pada waktu pagi.

Dalam hantaran yang sama, pelakon kelahiran Singapura itu turut meluahkan persoalan sama ada kecenderungan tersebut sememangnya mencerminkan budaya pemakanan masyarakat di Malaysia.

Saya cuma teringin sup mi ikan dan boleh terus pesan di kedai.

Tapi setiap kali mengidam, saya terpaksa masak sendiri di rumah.

Tambahan, suami saya tidak suka sup, dia lebih suka nasi dengan kuah yang banyak, nasi lemak dan makanan pedas bila waktu pagi.

Makan pedas memang budaya masyarakat Malaysia ke?



Sumber: Threads Atikah Suhaimie

Atikah Suhaimie – Kenapa Kalau Meniaga Mesti Semua Makanan Tak Sihat?


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dr Asyraf Turun Padang Santuni Warga Gerik



 

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker